Buat Sendiri ‘Wet Food’ Kucing, Hasilnya Bulu Makin Lebat & Jimat Duit!

Share

Memang seronok jaga kucing ini, lagi-lagi dapat kucing yang manja dan berbulu gebu. Tapi pemilik si bulus ini kena bijak berbelanja di zaman sekarang. Berbanding kibbles, wet food biasanya lebih mahal kerana cara penyediaannya dan ia tidak tahan lama.

Jadi kami kongsikan resepi guna tiga bahan selain kerajinan agar kita dapat berjimat. Jika nak pastikan bulu majikan kita cantik gebu, tambah satu lagi bahan ini.

Cara buat ‘wet food’ untuk kucing, modal tak sampai RM20

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 1 kg ikan tongkol / tuna / ayam
– 1 batang lobak merah
– 1/2 paket agar-agar tali
– Vitamin Kucing (mencantikkan bulu kucing)

Cara membuat:

1.Bersihkan ikan dan rebus dalam periuk sehingga masak. Simpan air rebusan tadi.

2. Asingkan isi ikan dari tulang. Kalau guna ikan lebih kecil boleh kisar sekali tulang dan tapis.

3. Kisar isi ikan tadi dengan lobak menggunakan air rebusan ikan sehingga hancur atau separuh hancur.

4. Dah hancur, tuangkan isi tadi ke dalam lebihan air rebusan. Hidupkan api dan masak seketika.

5. Masukkan separuh sahaja agar-agar tadi. Separuh lagi boleh simpan untuk minggu hadapan. 1/2 agar = 1kg ikan/ayam.

6. Masak agar-agar tadi sehingga hancur. Dah hancur boleh tutup api.

7. Tuang isi agar-agar tadi dalam bekas. Tunggu suam-suam kuku kucing.

8. Agak-agak dah suam-suam kuku, bolehlah letakkan sikit vitamin kucing. Sukat cukup 0.5ml

9. Siap 4 bekas = 1 minggu (1 hari makan 5-6 kali, 3 sudu besar setiap kali makan). Kos anggaran lebih kurang RM13- RM15 saja.

Semoga bermanfaat.

Kredit : Lina Ramlan

BACA LAGI : Guna 2 Bahan Hilangkan Bau Kucing Di Rumah, Baru Selesa Tetamu Bertandang

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana