Bukannya susah jadi perempuan, cuma ada banyak perkara yang mereka selalu menitik beratkan terutamanya soal kecantikan.
Kalau nak nampak cantik kena la usaha lebih sikit kan. Tak perlu pun keluar duit banyak, paling penting korang kena rajin je.
Macam apa yang dilakukan oleh wanita ini, Aya Zuki hanya menggunakan bahan dapur untuk membuat skrub yang berasaskan beras dan barli saja.
Bukan hanya jimat wang, malah hasilnya juga sangat memuaskan.
Antara kesan-kesan yang korang boleh perolehi selepas memakai skrub ini adalah seperti berikut:
1. Kulit jadi lembut sangat
2. Blackhead dan whitehead hilang dan tak rasa hidung berduri-duri lagi
3. Kulit jadi licin
4. Mencerahkan kulit
5. Buang sel-sel kulit mati dan muka jadi lebih berseri
6. Dapat mengelakkan jerawat
Macam mana nak buat?
– Segenggam beras (basuh dulu)
– Garam
– Barli
Barli ni banyak khasiat. Bagus untuk mencerahkan kulit, menganjalkan dan awet muda.
1. Basuh beras dulu, selepas tu toskan air dan goreng tanpa minyak sampai beras kering.
2. Bila dah kering, masukkan dalam blender kering.
3. Kisar beras bersama garam sehingga halus. Garam tu berfungsi untuk mematikan kuman.
Kisar barli tu sampai halus macam beras
4. Selepas dah kisar beras + garam + barli, korang campurkan semua sampai sekata.
5. Dah siap, boleh la pakai pada muka dan badan. Skrub dengan perlahan-lahan.
6. Untuk yang ada masalah jerawat teruk, jangan skrub pada kawasan jerawat. Nanti jadi lagi teruk. Just tepek je skrub ni di kawasan jerawat.
7. Kalau tak ada jerawat boleh gosok slow-slow.
8. Nak biar lama mana pun boleh, nak pakai sampai esok pagi pun tak ada masalah.
9. Lepas dah cuci, cuba sentuh kulit. Rasa tak bersih dan licin? Muka pun tambah cerah dan berseri-seri.
Selamat mencuba!
Sumber: Aya Zuki