“Buat Video Tanpa Pengetahuan Saya!”, Nadia Brian Bengang ‘Influencer’ Tengking Demi ‘Content’

Share

Di sebalik kemodenan teknologi masa kini, mungkin ramai kurang sedar atau sikap prihatin, malu dan sensitif manusia makin ‘terhakis’?

ARTIKEL BERKAITAN: Gian Sangat Nak Prank Orang, YouTuber Terkenal Hampir Dipenjara – REMAJA

Baru-baru ini, pelakon cantik, Nadia Brian terkejut apabila melihat ‘content’ yang dibuat oleh satu kilang jahit pukal yang merakam dirinya ditengking pemilik kilang tersebut.

Menurut Nadia, dia dimalukan oleh wanita  tersebut di laman tiktok itu. Di mana dengan tidak semena-mena wanita terbabit melulu ke arah Nadia sambil menengking-nengking dengan menanyakan soalan adakah Nadia mengenali wanita tersebut.

Perkara tersebut amat memalukan bagi Nadia kerana ditengking dikawasan yang penuh dengan orang lalu lalang. Nadia berkongsikan di tiktok miliknya mengenai bahawa dia akan mengambil tindakan atas kejadian tersebut.

“Ini sudah melebih. Ambil video content tanpa persetujuan saya! Tengking-tengking saya tanya kenal dia tak. Saya tak kenal.

“Ini memalukan saya, apa jenis kandungan ni. Saya akan ambil tindakan!” ujar Nadia yang memuat naik tangkap layar video dari kedai tersebut di TikTok.

 

@nadia.brian Harap perkara ini tidak berlaku lagi. #NadiaBrian ♬ original sound – Nadia Brian Goldring

Nadia pada masa sama menyelar tindakan wanita yang ‘berduit’ untuk menggunakan maruah dengan percuma.

“Sebab awak ada duit, awak boleh nak buat content macam ni? Gunakan maruah orang dengan percuma!

“Saya datang sana untuk berniaga, mencari rezeki! Bukan dengan cara macam ni! Jangan menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri walaupun banyak mana pun duit kita.

“Tak perlu lakukan macam ni walaupun sekadar content,” tambahnya lagi.

Rata-rata netizen memuji tindakan Nadia yang bersabar walaupun sudah ditengking dihadapan orang ramai.

Foto Via Nadia Brian TikTok

Alahai siannya Nadia…

BACA LAGI: Unik Dan Kreatif. Kostum Nasional Menarik Miss Universe Malaysia. – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana