Satu per satu stor minuman Bubble Tea muncul dengan ciptaan minuman baru yang kelihatan hampir sama, semuanya masih mempunyai bubble pada dasar botol minuman. Tetapi hakikatnya, pembeli mudah untuk menentukan perbezaan rasa pada kesemua minuman Bubble Tea.
How is that even possible, REMAJA masih mencari jawapannya.
Cuma apa yang tak berapa nak menarik adalah apabila akaun Public Health mengeluarkan notis penting berkenaan kesan negatif dalam bentuk infografik pada hari ini, sekiranya kita terlalu obses mengambil minuman Bubble Tea.
Menurut pakar di Public Health Malaysia, “segelas Brown Boba Milk (500ml) boleh mengandungi 92 gram gula iaitu TIGA KALI GANDA lebih tinggi berbanding kandungan gula di dalam 320 ml tin minuman Coca Cola.”
Bagi secawan minuman Bubble Tea pula, ia dilaporkan mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi berbanding Brown Boba Milk iaitu sebanyak 20.5 sudu kecil gula ataupun 102.5 gram gula.
Suka atau tidak, kita semua perlu mengakui bahawa pengambilan apa-apa jenis jenama minuman Bubble Tea bukanlah pilihan paling sihat. Jika diambil sekali-sekala, kemungkinan efeknya tidaklah terlalu ketara pada diet kita. Namun jika sudah diambil setiap hari, you do the math.
BACA: Viral Pearl Minuman Bubble Tea Dalam Usus Remaja, Doktor Kongsi Peal Juga Punca Diebetis Usia Muda
*
Sudah tentu, pengambilan air mineral yang telah ditapis adalah pilihan terbaik.
Namun kadangkala lidah kita pun ingin merasa nikmat minuman manis. Jadi apa pilihan yang boleh kita ambil? REMAJA cadangkan 3 jenis minuman ini yang mudah disediakan dan paling penting, menjaga kesihatan.
Pilihan terbaik adalah dengan menyediakan smoothie sendiri kerana kebanyakan smoothie yang dijual di stor mempunyai purata 11 ke 15 sudu kecil gula.
Jika memasukkan buahan beku, pilihlah buahan yang paling kurang kandungan lactose-nya. Campurkan juga dengan pilihan seperti bayam, beri, pisang, pic, tembikai, tomato, yogurt kosong dan ais.
Jangan campur adukkan teh ais korang ni dengan teh ais dalam minuman kotak tahu! Sebaiknya, sediakan sendiri iced tea seperti Apple Cinnamon Tea, Mint Tea atau Berry Tea. Biarkan saja beg teh di dalam botol berisi air kosong dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
Jika ingin menambah perisa, masukkan sedikit air soda ke dalamnya.
Pilihan susu rendah lemak memang pelbagai di pasaran. Namun, ada pilihan baru yang korang boleh cuba seperti Marigold HL Low Fat Kurma Milk.
Penuh dengan kebaikan, REMAJA bukannya mewar-warkan ini secara omong. Tetapi kami tertarik dengan kebaikan vitamin A, B1, B3, B6, B12, C ,D3, E dan Asid Folic di dalamnya. Ia juga tinggi kalsium tetapi rendah lemak berbanding jenama susu lain.
Penambahan kurma pula memberi kelebihan fibre dan antioksidan. Bagi korang yang mempunyai tekanan darah rendah pun boleh mengambilnya kerana kurma adalah sumber tenaga dan zat besi yang bagus.
Netizen di Twitter pun nampaknya menyukainya!
Tak salah kalau kita nak cuba rasa 3 minuman baru ini.
Jika masih nak mencuba minuman Bubble Tea juga, kurangkan pengambilannya. Selain itu, korang sebagai pembeli pun boleh request pengusaha Bubble Tea untuk mengurangkan kandungan seperti gula dan susu. Boba itu pun dah manis, cukuplah.