Isu adegan panas membabitkan pelakon drama Perempuan Itu, Zul Ariffin dan pendatang baharu, Siti Hariesa terus diperkatakan bukan sahaja oleh warganet tetapi juga oleh penggiat seni sendiri.
Satu-persatu pelakon tempatan memberikan pendapat mereka terhadap adegan yang telah mencetuskan polemik ini; sehinggakan ia mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sendiri beberapa hari lalu.
Malah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menggesa dua kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia supaya mengambil tindakan tegas dan segera.
*
REMAJA pernah melaporkan mengenai penglibatan Siti Hariesa. Dek babak panas itu, pelakon baharu itu telah menikmati ‘populariti segera’ apabila jumlah pengikut mencanak naik akibat kontroversi itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Nama Siti Hariesa Tular Selepas Zul Ariffin Muat Naik Klip Panas – REMAJA
Hal ini telah mendapat perhatian pelakon senior, Didie Alias. Sebagai seorang yang dicungkil bakatnya menerusi pencarian Dewi Remaja edisi ketiga pada tahun 1990/1991, Didie yang mesra menggelar dirinya Mummy menyatakan cara mudah untuk popular ini tidak bermaksud seorang bakat baharu boleh bertahan lama.
“Kau dah tahu (babak tersebut) memang confirm, Malaysia tidak boleh (menayangkan babak sedemikian). Mummy tertengok video sebelum ini.. tertekan. Eh? Kenapa (Zul Arifin) buka baju?
“Budak baru itu pula (Siti Hariesa), adakah itu caranya untuk menaikkan nama. Kalau you nak naik, just show your talent. You ada bakat, you tunjukkan saja bakat you. Tak perlu nak ada content bodoh.
“Mungkin dia boleh fikir kot, this is a stupid content.
Sekarang ini pun dah macam-macam yang aku tengok. Aku tak marah, tapi kita kena educate. Adakah kau nak ‘bunuh’ diri kau dalam industri ini?” soal Didie sewaktu ditemui rakan media.ARTIKEL BERKAITAN : TV3 Dedah Adegan Panas Tidak Dapat Kelulusan Stesen – REMAJA
BACA LAGI : Zul Ariffin Buat Permohonan Maaf – REMAJA
Sambil beranggapan kandungan panas seperti itu boleh sahaja dimuat naik di YouTube tanpa memerlukan slot premium drama televisyen, Didie berharap agar pendatang baharu berfikiran matang dan bijak semasa menerima watak serta babak lakonan.
“Bila kita sudah bergelar idola dan buat pula benda yang buruk, yang ikutnya adalah budak-budak. Kita pun kena berakal juga. Jangan datang ke dalam industri kita untuk buat benda-benda yang ‘datang dan pergi’ (tidak bertahan lama).
“Janganlah masuk untuk suka-suka tinggalkan kenangan pahit dan busuk dalam industri ini. Datanglah ke dalam industri untuk kekal dengan bakat yang ada,” pesannya lagi.
Untuk pengetahuan, Didie Alias merupakan generasi pendatang baharu era awal 90-an setelah bergelar finalis Dewi Remaja bersama-sama YM Tengku Sariza binti Tengku Muzani (Kuza), Umie Aida dan Jasmin Hamid.
BACA LAGI : Lihat 9 Finalis Dewi Remaja Bergelar Hot Mummies – REMAJA
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.