Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling terkenal di Malaysia.
Terdiri daripada kategori mamalia karnivor, hubungan antara manusia dan kucing telah terjadi sejak sekian lamanya, hingga ia dipuja dalam banyak kisah lagenda dan dogengan sastera dan ada hadis mengatakan kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.
Jika CHOUPETTE, kucing baka Burma ini mewarisi kekayaan yang ditinggalkan oleh tuannya iaitu pereka fesyen Karl Lagefeld bernilai RM815 juta. Mari kita mengenali si bulu ‘Buddy’ kucing yang berani dan panjang umur.
Untuk pengetahun korang, Buddy merupakan seekor kucing yang pernah ditembak di kepala oleh seorang individu, berjaya diselamatkan setelah menjalani rawatan dan kini bersedia untuk diserahkan kepada pemilik baru.
Persatuan Diraja Untuk Menghalang Kekejaman Ke Atas Haiwan (RSPCA), telah melancarkan siasatan berhubung insiden itu yang berlaku di Gregg House Road, Shiregreen pada Khamis (26 November) lalu.
Di dalam kejadian tersebut, kucing jantan yang diberi nama Buddy ditembak di antara matanya menggunakan senapang udara.
Mujurlah, ianya disedari oleh seorang penduduk yang melihat kepala kucing itu mengalami luka dengan terdapat peluru pelet ketika diperiksa. Penduduk itu kemudiannya meminta pertolongan kepada anggota penyelamat haiwan, Liz Braidley, yang bergegas membawanya ke klinik berhampiran.
Setelah diberikan rawatan, Buddy menunjukkan tindak balas yang baik dan luka akibat tembakan itu juga semakin sembuh.
Menurut laporan, dia berada di bawah jagaan RSPCA berada dalam keadaan aktif dan mesra, sementara menemui ‘rumah baharu’ apabila pulih sepenuhnya.
Tapi penulis tak faham la, macam mana la si penembak tu boleh sampai hati nak tembak kucing comel macam ni…huhuhu
Sumber: METRO UK