Kereta mewah Bugatti Veyron milik pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan mengalami kerosakan selepas merempuh dinding sebuah kediaman di Sepanyol.
Difahamkan, kereta mewah yang berharga £1.7 juta (RM9.1 juta) itu dipandu seorang pekerjanya dan pemandu tidak mengalami kecederaan serius serta dipercayai terdapat lebih daripada seorang berada di dalam kenderaan tersebut ketika kejadian.
Melihatkan kepada foto tular, bahagian hadapan kereta tersebut mengalami kerosakan yang agak teruk. Polis masih sedang menyiasat mengenai kemalangan itu dan tiada sebarang kenyataan dibuat secara rasmi.
Ronaldo dan keluarganya berada di Pulau Majorca, Sepanyol bagi menikmati percutian dan dua buah kereta miliknya, termasuk Mercedez-Benz G-Class turut dibawa bersama.
Untuk info, Ronaldo dan pasangannnya, Georgina Rodriguez baru sahaja kematian seorang bayi kembar kira-kira dua bulan yang lalu. Ini merupakan percutian pertama keluarga mereka selepas kelahiran anak kedua bersama teman wanitanya itu.
Hm, agak-agaknya pekerja yang memandu kereta Bugatti tersebut kena bayar ganti rugi ke ya? Hiks!
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE