Membuka kedai terutamanya kuih tradisional Malaysia di tengah-tengah bandaraya yang terkenal dengan kepelbagaian gastronominya seperti New York mungkin kedengaran seperti cabaran yang besar.

Buka Kedai Kuih Tradisional Di New York, Kini Jadi ‘Favourite’ Penduduk AS

Namun, bagi pasangan yang berasal dari Malaysia, iaitu Mogan Anthony dari Sungai Petani, Kedah dan isterinya Seleste Tan dari Kulai, Johor telah membuka satu kedai bakeri yang diberi nama ‘Lady Wong‘ di New York, Amerika Syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Kuala Pilah Yang Berjaya Di Bumi Jepun, Sangat Berinspirasi!

Langkah berani pasangan ini tidak hanya berhasil tetapi juga telah mengubah kedai kecilnya menjadi salah satu kegemaran baru di kalangan penduduk bandar besar tersebut.

Walaupun bisnes mereka itu baru sahaja beroperasi pada tahun 2022, namun siapa sangka ia kini tersenarai sebagai lokasi kedai makan yang paling popular di 9th Street, New York.

 

Ads

Terdapat pelbagai jenis kuih-muih yang dijual di sana. Antaranya seri muka, kek bulan, kuih angku, kek cendol dan sebagainya.

Memetik laporan The Star, ‘Lady Wong’ ini juga telah mendapat pengiktirafan dari laman web Eater sebagai ‘The Hottest Bakery in NYC’ pada tahun 2022.

Macam Mana Pasangan Ini Terdetik Untuk Buka Premis ‘Lady Wong’ Di New York?

Kisah ini bermula ketika zaman pandemik di mana mereka yang pada ketika itu berada di New York, Amerika Syarikat tidak dapat pulang ke Malaysia pada tahun 2020 disebabkan oleh sekatan perjalanan.

Disebabkan terlalu ‘homesick’ dan mengidam untuk makan kuih tradisional Malaysia, jadi pasangan ini mengambil keputusan untuk membuat sendiri hidangan berkenaan.

Nak dijadikan cerita, mereka berdua mempunyai latar belakang masakan di mana Mogan adalah cef dalam menu savoury manakala isterinya pula lebih ke arah pastri Perancis.

Ads

Buka Kedai Kuih Tradisional Di New York, Kini Jadi ‘Favourite’ Penduduk AS

“Waktu itu semua kedai tutup ketika Covid-19. Ada satu waktu itu ketika Tahun Baru Cina, kami betul-betul rindukan rumah (Malaysia). Jadi ini yang memberi inspirasi kepada kami berdua untuk membuat sendiri kuih tradisional dan pastri.

“Kami mahu kongsi menu tradisional dengan masyarakat New York yang juga berasal dari Asia Tenggara seperti kami,” ujar Seleste.

Bagi memastikan rasa keaslian menu tersebut, mereka juga mengimport barangan dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Pada awalnya, Seleste dan Mogan hanya membuka sebuah kedai pop-up yang kecil sahaja sebelum membuka kedai fizikal di New York.

Ads

Lebih mengagumkan lagi, mereka mempelajari hampir kesemua resepi kuih-muih tradisional Malaysia itu hanya melalui media sosial seperti YouTube dan Instagram.

Antara hidangan yang menjadi kegemaran pelanggan Lady Wong di Amerika Syarikat adalah kuih seri muka, kuih lapis dan kuih talam.

Ramai Rakyat Malaysia Yang Perkenal Menu Tradisional Di Luar Negara

Kalau anda perasan, ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang cuba untuk memperkenalkan makanan tempatan kita kepada masyarakat di luar negara.

Sebelum ini, sebuah keluarga membuka perniagaan menjual Nasi Kerabu di Victoria Park, London dan berjaya menjana pendapatan sekitar RM2,243,021 (£400,000) dalam tempoh setahun.

Selain itu, seorang ‘food reviewer’ bernama Papa Nash berkongsi kisah tentang pasangan suami isteri yang menjual sate ayam di Perth, Australia dan dianggarkan mereka boleh menjana sehingga RM100,000 sebulan!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI