Seharian umat Islam berpuasa selama hampir 14 jam, pastinya badan mudah merasa lesu dan tak bertenaga.
Oleh sebab itulah, pentingnya untuk kita memilih dengan teliti makanan dan minuman yang diambil semasa bersahur dan berbuka puasa nanti.
Bukan saja demi memastikan proses pencernaan dan penghadaman di dalam perut berjalan dengan lancar, ia juga bagi memberi tenaga secukupnya untuk menunaikan rutin seharian dan paling utama, ibadah sunat pada malam hari.
Ini merupakan 6 minuman yang REMAJA war-warkan untuk korang berbuka puasa Ramadan tahun ini:
Air Masak
Sudah tentulah, air masak merupakan satu keperluan wajib setiap kali berbuka puasa. Ia segera memastikan badan kembali terasa segar selepas penat berpuasa.
Susu Badam
Buah badam atau Almond merupakan salah satu makanan sunnah yang disaran oleh Islam. Di negara Arab, susu badam atau Almond Shake ini amat popular diberikan sejak anak masih kecil lagi. Kita yang remaja ni pun boleh ambil kebaikannya.
Caranya dengan merendam 10-12 buah badam yang telah dikupas di dalam gelas semalaman. Kemudian, campurkan ia dengan susu rendah lemak dan buah kurma atau madu lebah. Selepas di-blend, tapiskannya.
Milkshake Pisang
Buah pisangkan kaya dengan potasium, Vitamin C, Vitamin B6 dan rendah kolestrol. Senang je, kisarkan buah pisang bersama susu rendah lemak. Kemudian, tambah dengan sedikit ais di dalam gelas.
Detoks Pudina & Lemon
Bagi yang sukakan minuman detoks tu, bulan Ramadan juga merupakan bulan yang baik untuk meneruskan rutin itu. Caranya, campurkan segenggam daun pudina, air perahan lemon dan air masak ke dalam blender dan siap! Nak sedap, tambah ais okay. Mesti badan terus terasa segar.
Lipton 31% Kurang Gula
Kalau korang memang tak ada masa untuk membeli buah-buahan bagi menyiapkan minuman (atau tak sukakan air masak sangat), why not korang ambil saja minuman terbaru Lipton ini. Datang dalam 2 perisa baru iaitu Mango Pandan dan Jasmine Lychee, bukan je minuman Lipton ini berbau harum (like how lah?).
Malah, kandungan gulanya juga kurang 31 peratus daripada kebiasaan kerana ia menggunakan Stevia, bahan pemanis 0 kalori semulajadi. Ingat, kandungan gula yang terlalu tinggi tak bagus untuk pencernaan perut.
Susu Kurma
Sebut tentang Ramadan saja, mesti teringatkan iklan buah kurma kan? Jangan tengok je iklan tu, beli buah kurma dan jadikannya sebagai minuman kesihatan. Caranya, rendamkan buah kurma di dalam segelas susu rendah lemak selama 12 jam (boleh dilakukan selepas bersahur). Kemudian simpan di dalam peti sejuk sehingga waktu berbuka.
Kurma cukup bagus untuk mengawal kandungan gula badan terutamanya ketika berpuasa.
* * * * *
Bukan itu saja contoh buah-buahan yang baik untuk orang berpuasa, ada juga yang lain seperti buah aprikot, epal, tomato, lobak dan banyak lagi. Just pastikan bahawa buah itu berada dalam kondisi yang baik dan segar and you are good to go!