Raya 2023 Tak Membosankan! Astro Janjikan Pelbagai Kandungan Raya Menarik Aidilfitri Ini

Share

Mengangkat tema ‘Bukalah Hati’, syarikat penyiar dan penstriman negara, Astro bakal menyambut ketibaan bulan Syawal dengan pelbagai sajian hiburan yang merangkumi variasi genre termasuk pelbagai telefilem, rancangan variasi, komedi dan kanak-kanak yang sesuai untuk tatapan seisi keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Menara KL Bertukar Merah Jambu Sempena Astro Umum Sekuel Program ‘Favourite’ Korang

Barisan selebriti yang dijemput ke majlis tayangan perdana program raya Astro 2023.

Seringkali menyajikan di antara iklan Raya paling dinanti-nantikan, buat tahun 2023 Astro mempersembahkan iklan berjudul Pertemuan Dua Hati sarat dengan penceritaan penuh emosi di antara seorang ibu tunggal dan anak angkatnya.

Iklan kali ini mengangkat kisah Chee Hoi Lan, atau Laoshi yang merupakan Anugerah Ikon Ibu Sejati Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2022 selari dengan usahanya yang bertungkus lumus dalam membesarkan anak angkatnya, Rohana Abdullah yang berlainan bangsa dan agama.

Iklan yang mengambil masa penggambaran selama dua hari ini diarahkan oleh Dick Chua dan sarat dengan naratif emosi seperti karya-karyanya sebelum ini.

Sidang media Astro yang berlangsung di Le Meridien Petaling Jaya semalam.

“Sajian Astro kali ini menampilkan rancangan-rancangan hebat yang bakal memberikan kepuasan hati untuk setiap lapisan penonton kami.

[Menerusi platform televisyen, kami bakal menyajikan 10 telefilem khas Aidilfitri di saluran Astro Ria bermula malam raya hinggalah Syawal ke-9 nanti,” ujar Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Puan Azlin Reza Azmi.

“Antaranya Pondok Quran Buruk, Sumpahan Peti Ais, Heisdilfitri, Bro Jenin, Pengantin Tangkap Muat, Raya Sebagai Isteri, Challenge Accepted, Biar Biasa Biasa, Langit Tak Mendengar dan Diari Cinta Aku,” katanya.

Menerusi saluran Astro Warna pula, program Debunk 2 akan kembali menemui penonton pada malam raya nanti. Manakala genre variasi, komedi serta kanak-kanak bakal memaparkan Holla Dolla, Siapa No. Syatu? Lina Vs Rina, Gegar Vaganza Raya, Gempak Most Wanted Raya, Celebrity Family Feud, Bombastika Raya, MeleTop Raya, Raya Lawak Warna, Spontan Balik Raya, Royal Gerambel, Famili Yang Popular dan banyak lagi.

Pastinya ramai akan terhibur dan tidak kering gusi sepanjang bulan Syawal ini!

Manakala Polis Evo 3 dan MALBATT Misi: Bakara bakal menemui peminat-peminat filem di pawagam kelak. Platform-platform digital dan radio turut akan menyajikan pelbagai jenis hiburan yang hebat, tiada henti sepanjang Syawal ini.

Tak sabar kan! Saksikan segala rancangan menarik di Astro raya kali ini okay.

BACA LAGI: “Bersyukur Sangat..” 6 Tahun Cedok Pengalaman Sebagai Model Hijabi, Qasrina Karim Capai Tuah Pada 2023 – REMAJA

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IHSAN FOTO: Astro

Published by
Adriana Syaurah