Bukan Aircond Je Punca Elektrik Melambung Tinggi, Mesin Penapis Air Juga Sama

Share

Zaman sekarang, sudah menjadi keperluan setiap rumah untuk memiliki bekalan air yang ditapis dan bersih melalui penyediaan penapis air.

Permintaan penapis air yang tinggi melihatkan kepada keadaan air semasa sekaligus membuka peluang buat syarikat penapis air dalam dan luar negara menawarkan produk mereka.

Sumber : Pexels

Tapi awas ye!

Baru-baru ini, Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh melalui laporan BERNAMA berkata mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara sekarang.

Sama seperti penghawa dingin dan peti sejuk, penapis air minuman juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.

“Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.

“Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sumber Gambar : The Star

Beliau berkata contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan. Ismail Lathifi berkata jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.

Dalam pada itu, pegawai TNB ini sempat memberi tip jimatkan elektrik dengan menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius sahaja. Serta melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.

“Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah,” katanya.

“Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik,” katanya lagi.

So, lepas ni kalau bil melambung tu tahu la sebabnya apa kan….hehe

Sumber: BERNAMA

Published by
Nana