Bukan Alat Turun Berat Badan, Dr Amalina Betulkan ‘Tanggapan’ Tentang BENGKUNG

Share

Jika sebelum ini Dr Amalina Che Bakri telah mengumumkan berita gembira tentang kelahiran puteri sulungnya pada bulan lepas.

Malah, rata-rata netizen teruja dengan penampillan ‘dalam pantang’ pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Comelnya! Arabella Mia, Nama Puteri Sulung Dr Amalina Che Bakri

Malah, wanita berusia 35 tahun itu berkongsi sesuatu yang menarik melalui permaianan  ‘Question and Answer’ di Instagram Story miliknya. Seorang warganet bertanyakan mengenai penggunaan bengkung selepas bersalin yang menjadi resam masyarat di Malaysia.

Soalannya berbunyi seperti ini :

“Dr. ada pakai bengkung ke lepas bersalin? Orang tua cakap pakai bengkung boleh kempis perut lepas beranak,” soal salah seorang pengikutnya di Instagram.

Menurut ibu kepada Arabella Mia ini, dia sendiri tidak menggunakan bengkung kerana boleh memudaratkan kesihatan malah sempat berpesan kepada semua wanita selepas bersalin agar tidak memakainya terlalu lama.

Sementara itu, dia menjelaskan memakai bengkung tidak wajib tetapi dibolehkan jika sesiapa mahu memakai bengkung untuk membantu menyokong perut dan belakang selepas bersalin.

Tambahannya, Dr. Amalina memaklumkan bengkung bukan alat untuk turun berat badan namun digalakkan kepada sesiapa mahu memakai pada masa yang singkat dan tidak disyorkan dalam jangka yang lama atas sebab boleh memudaratkan kesihatan kerana terlalu ketat.

“Salah satu cara yang boleh membantu para ibu menurunkan berat badan kepada bentuk pra-kehamilan adalah dengan mengambil makanan penuh nutrisi serta mengikut piramid diet seimbang dan lakukan senaman,” tulisnya.

Kesimpulannya, tiada jalan singkat untuk kita untuk kurangkan berat badan dengan jalan singkat dan tanpa usaha. Apa-apapun, jangan terpedaya dengan iklan bengkuk untuk kuruskan badan. Awas ya!

ARTIKEL BERKAITAN: #GirlPower: Dr. Amalina Che Bakri Diundang Ke Pejabat Rasmi Perdana Menteri UK Untuk..

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana