Siapa tidak kenal dengan seorang bintang Hollywood kelahiran Malaysia ini. Terbaharu, majalah antarabangsa terkemuka, Time mengumumkan figura terkenal, Tan Sri Michelle Yeoh, sebagai Ikon Tahun 2022 tanda pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya kepada industri perfileman.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram majalah itu, Time mengumumkan pemilihan aktres itu dibuat atas pencapaian Yeoh yang dianggap bintang paling berpengaruh di Asia sejak berdekad lamanya.
Kapsyen pada perkongsian tersebut turut memperakui aktres berasal dari Ipoh, Perak itu sebagai kuasa besar dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong melalui penampilan dalam rangkaian filem yang turut memperlihatkan keberanian aktres itu melakukan aksi lagak ngeri.
Ads
Selain itu, Time tidak terlepas juga menyembut penampilan sulung Yeoh dalam filem terbitan Hollywood apabila membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 dan diikuti karya besar lain seperti Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, Crouching Tiger, Crazy Rich Asians dan Hidden Dragon.
Menurut majalah itu lagi, filem ‘box office’, Everything Everywhere All at Once ditayangkan Mac lalu yang menyaksikan Yeoh melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia, meletakkan figura hebat itu dalam senarai pelakon nombor satu Hollywood.
Ads
Sempat REMAJA meninjau di entri bintang berusia 60 tahun itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada majalah itu dan mengakui dirinya diberkati atas pengiktirafan tersebut.
Ogos lalu, Yeoh yang membintangi lebih 70 filem sejak empat dekad lalu, menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Karier seni Yeoh bermula selepas memenangi pertandingan Miss Malaysia World ketika berusia 20 tahun pada 1983. Yeoh kemudian mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1983 di London, United Kingdom (UK).
Ads
Selepas itu, Yeoh dilaporkan menyertai pertandingan Miss International Tourism Quest dan muncul pemenang, lantas membuka laluan kepada dunia lakonan apabila terpilih menjayakan projek komersial bersama Jackie Chan hingga menarik perhatian penerbit filem Hong Kong, D&B Films.
Antara filem lain lakonan bintang antarabangsa itu adalah Memoirs of a Geisha yang ditayangkan pada 2005, Reign of Assassins (2010), Kung Fu Panda 2 (2011) dan The Lady (2011) di mana Yeoh membawa watak Aung San Suu Kyi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Karya filem pendek animasi ‘Batuh Bijanji’ oleh dua orang murid darjah 5 Sekolah Kebangsaan Temong di Serian, Sarawak telah memenangi anugerah ‘Best Film by Popular Jury’ bagi kategori sekolah rendah di Festival de Cinema Escola de Alvorada, Brazil baru-baru ini.
Dua orang pelajar tersebut, Nabiatul Dania Zulfiqa Mohd Zulfadhli dan Macgres Sawet dibimbing oleh guru Wan Zulfadli Ad-Dinnie Wan Azmi bersama Cikgu Mohd Reduan Patah ternyata menarik perhatian para juri dengan kreativiti yang ditonjolkan serta jalan cerita yang penuh dengan maksud yang mendalam.
‘Batuh Bijanji’ atau dalam bahasa melayu bermaksud batu perjanjian digarap indah dalam filem pendek animasi dengan durasi lebih kurang 5 minit ini berkisarkan cerita mengenai persahatan dua orang kawan baik, Sarah dan Bibi, yang disimbolikkan dengan permainan batu Seremban.
Dalam temubual bersama Utusan Borneo, Cikgu Zulfadli berkata, “Projek penghasilan filem ini diadakan pada tahun lepas, semasa dan selepas mengikuti bengkel animasi DISTA (Digital Storytelling Animation) anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak (kini dikenali sebagai SSTP Sarawak), Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi (MESTR) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) yang merupakan inisiatif kerajaan Sarawak ke arah digital.
“Dua hari tempoh pembikinan berjalan sewaktu bengkel DiSTA 2019 Siri 1 di sebuah hotel di Kuching dan projek ini dibangunkan lapan hari lagi yang bersambung di sekolah, termasuk rakaman footages baharu.”
Menurutnya lagi kemenangan filem pendek itu adalah berdasarkan undian dalam festival tersebut. Majlis penganugerahan telah dilakukan secara acara virtual menerusi Google Meet dan trofi kemenangan akan dihantar menerusi pos.
Jom kita saksikan filem pendek animasi hasil kreativiti dua pelajar ini yang dibimbing oleh guru-guru yang berwibawa.
Bukan saja terbuka kepada para ARMY tetapi juga kepada korang yang berminat dengan percutian di Korea Selatan, peminat K-Drama, makanan Korea and all-things-KOREAN !
Buat kali ketiga berturut-turut, kumpulan grup K-Pop popular iaitu Bangtan Boys (BTS) telah dilantik sebagai duta Seoul’s Honorary Tourism.
Seperti yang korang tahu, Seoul adalah antara destinasi yang paling digemari oleh pelancong dari Malaysia. Bukan saja disebabkan oleh faktor K-Pop dan K-Drama, tetapi juga disebabkan gaya hidup bandar di sana yang digemari ramai.
Tambahan pula kini, Seoul sedang giat membina fasiliti baru bagi memudahkan pelancong Muslim seperti lebih banyak restoran yang disahkan Halal, makanan berpek Halal seperti minuman Binggrae Flavoured Milk dan ruang solat awam.
Antaran minuman Binggrae Flavoured Milk yang digemari, berperisa pisang, strawberi dan tembikai susu.Ruang solat di bangunan Lotte Department Store.
Oleh itu, Seoul Tourism Organization ingin meraikan perlantikan semula BTS sebagai duta mereka dengan mengadakan jelajah promosi ‘Seoul Culture Showroom’ di MyTOWN Shopping Centre Kuala Lumpur.
Bertempat di ruang legar Ground Floor di East Atrium, ia akan berlangsung selama 3 hari bermula 20 September (hari ini) hingga 22 September (Ahad) kelak.
Antara aktiviti yang boleh korang lakukan di sini termasuklah bergambar di zon photo serta bergambar dengan baju Hanbok. Korang juga berpeluang untuk membawa pulang cenderamata K-Pop seperti poster dan shopping bags.
Dan khas bagi peminat BTS, terdapat juga merchandise BTS x Seoul Tourism Organization bagi korang bawa pulang.
Haja!
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, populariti yang diraih oleh kumpulan K-Pop terkenal, Bigbang sememangnya masih relevan sehingga kini dan walaupun masing-masing sibuk dengan aktiviti solo. Kemunculan mereka sebagai satu kumpulan masih dinanti oleh peminat!
Terbaru, menerusi satu cuplikan video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di aplikasi X menunjukkan Daesung sepertinya telah memberi bayangan tentang ‘reunion’ dan projek baru Bigbang untuk ulang tahun ‘debut’ mereka yang ke-20 akan datang.
“Tahun 2026 akan menjadi ulang tahun ke-20 kami. Setakat ini, tiada apa yang diputuskan lagi tetapi saya dan anggota Bigbang lain ada berbincang untuk mengadakan beberapa acara istimewa untuk ulang tahun itu nanti. Mesti akan ada sesuatu” – Daesung
Walau bagaimanapun, masih belum ada pengesahan lanjut dari pihak pengurusan Bigbang. Namun, peminat (V.I.P) rata-ratanya sudah meluahkan rasa teruja di media sosial dan turut meninggalkan komen untuk tetap setia menunggu kemunculan mereka semula Bigbang sebagai satu kumpulan yang ikonik!
Sekadar info, Bigbang merupakan kumpulan yang bernaung di bawah YG Entertainment diasaskan pada tahun 2006. Mereka sebelum ini mempunyai lima orang ahli iaitu G-Dragon, Taeyang, Daesung, TOP, dan Seungri. Pada tahun 2019, Seungri memutuskan untuk mengundurkan diri dari industri hiburan, kemudian TOP mengambil keputusan untuk keluar dari Bigbang pada tahun 2023. Bigbang pernah popular dengan lagu Fantastic Baby, Loser, Sober, Haru Haru dan banyak lagi yang membuatkan mereka terkenal di seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...