“Bukan Camping Tengah Concourse”, Insiden Maut Di Suria KLCC Rupanya Wanita Tempatan 23 Tahun

Share

Kebelakangan ini kita sering dengar berita tentang individu yang cuba ‘mengambil’ nyawa sendiri dengan percubaan terjun dari tempat yang tinggi.

Semalam, kecoh di media sosial malam tadi (1 Ogos) apabila beberapa keping gambar wanita terjatuh dari tingkat 4 pusat beli-belah Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur viral di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN : Mufti WP Perjelas Isu Tekanan Hidup Hingga Ingin ‘Ambil’ Nyawa Sendiri

Menurut laporan polis, berdasarkan hasil siasatan mendapati di mati adalah seorang perempuan warga tempatan berumur 23 tahun.

Malah, kejadian yang berlaku jam 9.38 malam Isnin menunjukkan melalui semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebelumnya si mati berjalan seorang diri di aras empat sebelum ditemukan jatuh.

Dalam pada itu, Suria KLCC Sdn Bhd menerusi satu kenyataan ringkas malam ini turut mengesahkan kejadian itu.

“Dukacita dimaklumkan pihak pengurusan Suria KLCC mengesahkan seorang individu maut dalam insiden terbabit,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial Twitter berhubung kejadian itu apabila ada saksi mendakwa mangsa terjatuh dari tingkat empat pusat beli belah berkenaan.

Di media sosial, ada netizen yang mempersoalkan sama ada ia merupakan suatu kes bunuh diri.

 

Isu seperti tekanan jiwa, depresi dan kekecewaan emosi seringkali dianggap sebagai perkara remeh dan ‘boleh diubati’ dengan berpaling kepada agama. Ya itu benar.

Namun rawatan terhadap keadaan emosi seseorang juga seharusnya ditangani dengan cara psikologi yang berkesan dan ilmu yang diberikan kepada anak muda mengenai kondisi mental seseorang sebaya dengan mereka dan cara-cara menangani sebarang jenis tekanan perasaan.

Sekurang-kurang, setiap daripada kita wajib mengetahui akan talian bantuan yang boleh dicapai dalam situasi tekanan perasaan. Contoh terdekat adalah pihak Befrienders yang boleh dihubungi seperti di bawah.

BACA : Lagi Kes Terjun Bangunan Akibat Tekanan Hidup, Simptom Depresi Korang Perlu Tahu

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana