BUKAN Dihilangkan Tapi Hanya Bertukar…, KKM Tegaskan Mesej Tular Di Media Sosial PALSU

Share

Status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan ditukarkan menjadi tidak lengkap sekiranya tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas Februari tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN : Jika Tidak Ambil Dos Penggalak, Status Vaksinasi Bertukar Tidak Lengkap Selepas Februari Depan

Namun, tular baru-baru ini di media sosial mengatakan sekitar dua juta penerima dua dos vaksin COVID-19 keluaran Sinovac di Malaysia berisiko kehilangan status lengkap vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera bermula 1 April ini.

Mesej Palsu Di Media Sosial 

Tampil menegaskan perkara sebenar, KKM menerusi laman rasmi facebooknya menyatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa mesej yang tular di media sosial ini adalah palsu. Untuk makluman, status vaksinasi COVID-19 kepada:

  • Semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas yang masih belum menerima dos penggalak setelah layak; dan
  • Penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun dan ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak setelah layak;Hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap dan BUKAN dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut.

Dalam tempoh berbaki seminggu lagi menjelang 1 April, KKM menyarankan penerima vaksin primer Sinovac yang berisiko untuk hilang status lengkap vaksinasi cepat-cepat membuat temujanji dan menerima suntikan penggalak.
Sebelum ini, menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata selepas status tersebut ditukar menjadi tidak lengkap, individu berkenaan adalah tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19.
Hmm…bahaya betul berita palsu ni kan, jadi korang jika tidak pasti berita itu betul jangan la panjangkan pula.
***

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Sumber : Facebook KKM
Published by
Nana