Jika sebelum ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua pelajar universiti meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sehingga Disember 2020 ini. Namun mengambil kira keperluan beberapa kategori pelajar yang perlu pulang ke kampus, lima kategori pelajar sudah memulakan pengajian bermula Mei lalu.
Terkini selaras dengan perkembang COVID-19 yang menunjukkan Malaysia menuju pemulihan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju bahawa kemasukan sepenuhnya pelajar universiti bermula Oktober ini. Bukan Disember 2020 seperti yang diketahui sebelum ini.
Ini bermakna, pelajar university hanya ada masa tiga bulan sahaja lagi untuk membuat persiapan belajar secara berhadapan dengan pensyarah dan bukannya secara dalam talian lagi.
Menurut Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad dalam sidang media petang tadi, bagi memastikan keputusan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, IPT dan para pelajar dipohon untuk membuat persediaan mulai dari sekarang.
Dalam pada itu, empat lagi kategori pelajar akan memulakan pengajian bermula Julai ini iaitu pelajar tempatan di IPTS iaitu sebanyak 30 peratus seperti dipohon oleh Persatuan Kolej dan Universiti Swasta, pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat university awam dalam bidang pengajian yang memerlukan Latihan klinikal, Latihan amal, praktikal, bengkel, makmal, studio dan Latihan khusus.
Dua lagi ketegori terdiri dari, pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat yang tidak mempunyai akses internet atau persekitaran kondusif dan terakhir pelajar antarabangsa dari kedua-dua university awam dan swasta termasuklah pelajar baru.
VINCENZO Saksikan ‘Comeback’ Ok Taecyeon, Gaya Mafia Song Joong-ki
Hari yang paling dinanti-nantikan oleh peminat K-Drama tiba juga apabila Netflix akan mula menayangkan drama Vincenzo mulai hari ini!
Tentunya, jalan cerita drama anti-hero yang mengisahkan tentang ‘perunding’ yang berkhidmat untuk mafia Itali ini sudah cukup untuk menarik perhatian penonton.
Bagaimanapun, satu lagi tarikan Vincenzo terletak pada barisan pelakon trio utamanya. Masing-masing mempunyai kelompok peminat yang cukup luar biasa.
REMAJA berkesempatan menyertai sidang media yang dihoskan oleh Netflix bersama-sama Song Joong-ki (Vincenzo Cassano), Jeon Yeo-been (Hong Cha-young) dan Ok Taecyeon (Jang Joon-woo) bagi mendalami peranan masing-masing dan apa yang membuatkan Vincenzo sebagai drama yang sama sekali tidak boleh dilepaskan oleh penonton.
Karakter mereka bertiga ini mungkin sekali berkait rapat dengan dunia guaman. Bagaimanapun, misi dan agenda yang mereka miliki adalah berlainan dan di situlah timbulnya konflik mahupun persamaan yang wujud tanpa sedar.
Malah, Joong-ki melihat ada sedikit persamaan di antara wataknya, Vincenzo Cassano dan watak Tom dalam filem Godfather.
Song Joong-ki.
“Kami bertiga mempunyai karakter anti-hero yang membuatkan drama ini menarik. Ada masanya, kami kelihatan lebih seperti ‘villain’ daripada villain sebenar.
“Semasa peringkat awal membaca skrip tentang K-drama berkonsep perunding Mafia yang berhijrah ke Korea, saya sendiri tidak pasti sama ada drama ini akan ‘makes sense’ memandangkan ia adalah genre baru.
“Ada drama, komedi dan fantasi dalam Vincenzo. Namun, saya rasakan pengarah Kim Hee Won berjaya untuk menggabungkan unsur Mafia dengan masyarakat Korea zaman ini. Ramai yang boleh ‘relate’ dengannya.”
“Kita selalu menonton berita tentang kes jenayah di TV pada setiap hari. Vincenzo mengkritik masyarakat kita yang terlibat dalam jenayah secara langsung atau tidak. Dan saya rasakan cara Vincenzo menghukum pesalah adalah refreshing serta memuaskan hati,” jelas Joong-ki yang perlu mempelajari slanga dan bahasa Itali demi drama Vincenzo ini.
Drama Vincenzo juga umpama magnet buat peminat bekas ahli grup 2PM, Ok Taecyeon apabila dia melakukan comeback setelah kali terakhir muncul menerusi drama The Game: Towards Zero, tahun lalu.
“Sekiranya Joong-ki dan Yeo-been perlu melakukan persediaan rapi untuk menguasai watak peguam, saya pula lebih chill kerana watak Joon-woo merupakan seorang intern yang sering melakukan kesalahan dan naif.
“Ada masanya, saya juga pelik bagaimana dia boleh melepasi bar exam untuk menjadi peguam! (ketawa)”
“Dia menyimpan perasaan terhadap Hong Cha Young namun cinta itu ditolak dengan keras. Episod demi episod, penonton akan menyaksikan jalan cerita Joon-woo berkembang, begitu juga dengan kematangannya.
Ok Taecyeon
“Sebelum ini, saya dan Yeo-been pernah bekerjasama menerusi drama Save Me pada tahun 2017, jadi kami selesa bergandingan. Dengan Joong-ki pula, ini adalah kali pertama kami dalam produksi sama.
“Biarpun babak saya dan Joong-ki tidak begitu banyak, tapi kami berjaya mewujudkan persekitaran yang mesra di set sepanjang 6 bulan penggambaran Vincenzo,” kata Taecyeon yang tidak lokek dengan senyuman semasa menjawab soalan sidang media.
*
Berbeza dengan watak Taecyeon dalam drama Vincenzo itu, watak Hong Cha Young lakonan Jeon Yeo-been pula bersifat serius dan mempunyai motif untuk ‘menang’ dalam apa jua keadaan.
Jeon Yeo-been.
“Sebagai peguam di firma paling berprestij di Korea, Cha Young tidak berpandukan kepada apa yang benar atau tidak. Dia membuat keputusan berdasarkan apa yang akan memberikan kelebihan kepadanya. Itu membuatkan saya tidak sabar menantikan apakah yang akan dilakukan oleh watak saya ini dalam situasi berbeza.
“Sebagai seorang pelakon yang tidak berapa dikenali, saya terkejut apabila saya merupakan pelakon pertama yang direkrut untuk Vincezo sebelum Joong-ki dan Taecyeon.”
“Saya sudah lama meminati Joong-ki sejak di sekolah menengah manakala saya dan Taecyeon pula pernah bergandingan sebelum ini dan saya tahu dia seorang yang amat prihatin terhadap orang lain. Ia membuatkan saya lebih mudah mendalami karakter karismatik seperti Hong Cha Young ini.
“Saya tahu tak semua penonton akan menggemari Cha Young, tapi itulah yang membuatkan saya lebih menyukainya. Cara dia bercakap dengan cepat, pergerakannya yang unik. Dia tahu dia tidak perlu disukai untuk berjaya,” jelas pelakon berbakat berusia 31 tahun itu.
Bagi korang yang gemarkan K-drama penuh cliffhanger, kejutan, kadangkala kelakar atau sekadar ingin menonton tiga orang pelakon utama ini, Vincenzo adalah jawapannya.
Tonton Vincenzo pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula hari ini di platform penstriman atas talian, Netflix.
Hun Haqeem – “Nenek Bongkok Tiga Drama Yang ‘Dark & Refreshing’ Untuk Penonton Malaysia”
Jika kebiasaannya, penonton di Malaysia akan disajikan dengan pilihan drama bergenre romantik, percintaan ataupun komedi.
Demi menyuntik kelainan pada palet selera penonton tempatan, Viu Malayisa kembali lagi dengan sebuah naskah seram thriller di luar kotak yang diberikan judul Nenek Bongkok Tiga.
Sejak pertengahan tahun ini lagi, drama bersiri Nenek Bongkok Tiga sudahpun menjadi bualan penonton Malaysia disebabkan barisan pelakonnya yang rata-rata muda lagi berbakat; terdiri daripada Hun Haqeem, Sara Ali, Syafie Naswip, Meerqeen, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Rykarl Iskandar dan Sara Mack Lubis.
Apa yang menjadikan drama arahan Yusri Abdul Halim ini lebih mengujakan adakah kerana ia merupakan naskah ketiga terbitan Zurina Ramli bagi Viu Malaysia susulan kejayaan drama bersiri Black dan She Was Pretty.
Ketika ditemui REMAJA di karpet merah acara Viu Upfront 2023 yang dilangsungkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur minggu ini, salah seorang pelakon utamanya, Hun Haqeem turut tidak dapat menyembunyikan keterujaannya untuk menantikan tayangan Nenek Bongkok Tiga.
“Drama ini bersifat ‘dark’ dan merupakan projek yang cukup menarik serta ‘refreshing’ kerana kita jarang menonton drama Melayu kita berdasarkan fantasi.
“Jadi kali ini kita sajikan kepada penonton sebuah cerita thriller.. horror pun ya juga. Hun harapkan penonton akan suka,” kata pelakon berusia 23 tahun ini.
Kongsi Hun lagi, dia menjayakan watak bernama Zamir dalam Nenek Bongkok Tiga. Sebagai seorang hiker, wataknya itu merupakan seorang yang penuh dengan penyesalan dan belum lagi menyelesaikan masalah-masalah yang pernah dihadapinya pada masa lampau serta selalu berdepan konflik dalaman dengan diri sendiri.
Tak sabar nak nantikan Nenek Bongkok Tiga! Tambahan pula bila melihat foto-foto di sebalik tabir drama ini yang menunjukkan kos produksi tinggi. Tentunya hasilnya juga amat memberansangkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berhimpit Dalam Kereta Semasa Balik Kampung, Mesti 5 Benda Ni Pernah Terjadi
Isi Kandungan
Toggle
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah tamat semalam and you know what that means … balik kampung!
Bagi kebanyakan daripada kita yang terlepas peluang untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri lalu, tentunya tarikh 11 Jun onwards ini akan diambil oleh warga kota untuk balik kampung.
REMAJA berharap agar korang sentiasa berhati-hati sepanjang tempoh perjalanan. DAN mesti korang boleh relate dengan 5 situasi normal yang dihadapi setiap keluarga Malaysia semasa balik kampung ini.
01
Berbeg-beg baju dan segala keperluan lain untuk seisi keluarga akan dibawa. Sampaikan tak muat ruang bonnet di belakang kereta, terpaksalah ada beg yang perlu diselit di kawasan kaki, disandar di atas peha. Memang tak tidurlah korang dalam kereta nanti.
02
Semua orang ada taste muzik masing-masing.
Nama je lagu Raya, tapi ada macam-macam jenis lagu Raya tau! Abah suka penyanyi lama, mak feeling kak Ziana Zain dalam kereta. Yang adik pula request lagu Raya BBNU. Haih mana satu nak dengar pun tak tahu.
Trust us, tak habis satu lagu dimainkan, mesti ada yang gatal nak tukar ke saluran radio lain.
03
Masalah tak cukup space di tempat duduk penumpang mesti tak akan pernah selesai! Yang kurus selalu menjadi mangsa duduk di bahagian tengah, yang – hhm – comel mesti dapat sandarkan badan ke belakang di bahagian tepi atau kerusi penumpang hadapan. Mana aci!
Bila sampai di hentian R&R, barulah semua nak menggeliatkan badan semasa keluar kereta.
ARTIKEL BERKAITAN: Dah Macam Pesta, Rakyat Raikan Restas Negeri Dengan Bunyikan Hon
04
Tiba-tiba, ada bau busuk membunuh yang melingkar dalam kereta. Adoi!
Kalau nak lepaskan ‘bom’ pun janganlah lepas senyap-senyap. Lagi senyap, lagilah mengancam nyawa, tau tak. Bau busuk di dalam kereta yang berhimpit bukan saja datang daripada ‘bom (tak dapat) jangka’ tetapi juga daripada bau kepam jika sedang hujan lebat.
05
Dengan teknologi seperti Waze di hujung jari, semua penumpang sibuk nak jadi petugas trafik. Semua ada mazhab sendiri mengenai jalan mana yang harus mereka ikut.
Pihak polis telahpun menjangka lebih ramai rakyat Malaysia yang akan hit the road dan pulang ke kampung pada hujung minggu ini/
Jadi kalau boleh, janganlah ada ramai sangat instructor di dalam kereta tu. Pilih laluan terbaik mengikut cadangan yang diberikan pihak berkuasa dan pilih waktu perjalanan seperti yang dicadangkan.
InsyaAllah, sampailah korang dekat kampung dengan selamat.
Paling penting, berwaspada terhadap SOP kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terutamanya di kawasan awam seperti R&R. Akta dan peraturan masih diwartakan.
Sekiranya korang melanggar peraturan yang ditetapkan, korang masing boleh dikenakan denda oleh pihak berkuasa termasuklah saman sebanyak RM1,000 ataupun kes dibawa ke mahkamah.
Jangan sampai duit raya ‘melayang’ sebelum sampai ke kampung halaman. Hehe..
MySejahtera Perlu Didaftar, Ini Cara Yang Korang Perlu Buat Supaya Aplikasi Ini Selamat Digunakan