Bukan Gambaran Rasa Segan Atau Malu, Ini Sebenarnya Maksud Emoji ‘Monyet Tutup Mata’

Share

Emoji membawa sifat membawa pelbagai perasaan dan mampu diluahkan dengan cukup mudah. Disebabkan itulah sangat popular di kalangan pengguna remaja.

Ekspresi emoji yang pelbagai jenis dan rupa sentiasa ditambah baik. Penulis percaya ramai je antara kita yang suka mengunakan emoji terutanya ketika chatting di platform media sosial kerana ia lebih senang menunjukkan emosi kita ketika itu. Dan terdapat juga Emoji Whatsapp yang disalah erti, mungkin selama ini kita sangka ianya betul tetapi sebaliknya.

Gambar via Emojipedia

Kalau orang perasan emotikon monyet sengih sambil tutup mata ni sering kita guna untuk mengambarkan perasaan segan atau malu rupanya punya maksud yang tersirat disebaliknya. Malah emoji tersebut turut dikaitkan dengan sentimen perkauman.

BACA LAGI : Jangan Salah Bagi “Love”, Kenali Maksud Disebalik Simbol Emoji Ini

Menurut Emojipedia, emoji monyet tutup mata ini digelar See-No-Evil Monkey. Dalam bahasa Jepun, See-No-Evil Monkey ini dipanggil Mizaru yang mewakili Three Wise Monkeys dalam peribahasa Jepun.

Sebab itu selain monyet tutup mata, ada juga emoji monyet tutup mulut dan telinga dalam aplikasi permesejan. Ketiga-tiga ini melambangkan peribahasa Jepun ‘sees no evil, hears no evil dan speaks no evil’ yang bermaksud tidak ingin melihat, mendengar dan bercakap tentang kejahatan.

Jadi, bila dah tahu maksud di sebalik emoji ini, janganlah lagi silap menggunakannya lagi bagi mengambarkan perasaan segan atau malu. Untuk pengetahun korang semua, 17 Julai dipilih sebagai Hari Emoji Sedunia yang turut disambut setiap tahun.

Sumber: Emojipedia

Published by
Nana