Meskipun Januari baru saja berlalu selama 3 hari, nampaknya ramai personaliti tanah air yang memilih awal tahun ini untuk mengikat tali perkahwinan dan pertunangan.
Sekiranya Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah selamat melangsungkan acara akad nikah pada 1 Januari lalu, beberapa lagi personaliti lain turut menemui kebahagian.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Pakai Tudung Sendiri!” Netizen Terpikat Lihat Busana Kahwin Ayda Jebat – REMAJA
Jom lihat siapakah personaliti yang kami maksudkan ini.
Vokalis grup pelantun lagu Hutang ini telah melangsungkan majlis pertunangan pada malam tadi bersama pasangan pilihannya, Nur Natasha Ahmad Nawawi, 22.
Walaupun pasangan tersebut jelas masih muda, Ayie telah mendapatkan persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak dan sebolehnya ingin berkahwin secepat mungkin pada tahun ini. Namun, mereka masih belum menetapkan tarikh istimewa itu.
Pada majlis tersebut, Ayie telah memberikan Tasha cincin merisik dan cincin bertunang. Tambah menarik lagi, keluarga Ayie juga bersama-sama memeriahkan majlis setelah mereka ‘terbang’ dari Sabah. Selain mereka, majlis turut dihadiri oleh pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina; serta pelakon Shahrul Amin.
Pertemuan di antara pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Syazwan Andik dan finalis Top 20 Dewi Remaja 2019 ini sebenarnya telah bertitik tolak sejak beberapa tahun yang lalu. Setelah berita mengenai penyertaan Aina dalam pencarian oleh Majalah Remaja tersebut, perhubungan mereka berdua terus hangat diperkatakan oleh media di Malaysia.
Mereka tidak sesekali terkesan dengan laporan tersebut dan meneruskan hubungan sehinggalah melangsungkan majlis akad nikad dan resepsi pada hari Jumaat lalu.
Walaupun baru berusia 22 tahun, pelakon Nafiz Muaz telah memilih untuk menamatkan zaman bujangnya bersama seorang ahli perniagaan, Diyana Omar, Sabtu lalu.
Majlis pernikahan yang sepatutnya dilangsungkan pada bulan Ogos lalu terpaksa ditunda dua kali sebelum ini berikutan penularan wabak Covid-19 dan beberapa lagi kekangan lain.
Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu mematuhi SOP yang ditetapkan. Nafiz turut memaklumkan bahawa dia akan mengadakan sebuah majlis resepsi pada 21 Januari ini.
Selain Syazwan Andik, seorang lagi personaliti sukan negara turut menamatkan zaman bujang pada 1 Januari lalu.
Pemain futsal Selangor, Syed Aizad Daniel telah sah bergelar suami kepada pasangan pilihannya dengan sekali lafaz saja. Menurut catatannya di Instagram, Syed Aizad telah mengenali pasangan selama 14 tahun