Bukan Hanya Black Friday, Jenis-Jenis Sales Kaki Travel Wajib Alert

Share

Dah jadi kebiasaan masyarakat Malaysia sering mengambil peluang untuk shopping di luar negara ketika pergi bercuti. Malah, ada juga yang memang pergi semata-mata untuk membeli-belah.

ARTIKEL BERKAITAN : Black Friday, Hari Jualan Murah Besar-Besaran. Dari Mana Mulanya Istilah Ini?

Foto Via Pexels

Mesti ramai yang tahu tentang Black Friday dan Boxing Day, sales gila-gila yang ramai orang tunggu. Namun, selain black friday, ini ada beberapa lagi acara jualan murah atau sale yang wujud di seluruh dunia.

White Friday

Pada tahun 2014, sebuah laman web berpangkalan di arab telah lancarkan versi black Friday untuk rantau timur tengah tersendiri yang dipanggil White Friday dan biasanya akan berlangsung selama empat hari.

Nama berkenaan diambil sempena penghormatan kepada hari Jumaat yang biasanya dikenali sebagai hari ibadah dan hari untuk keluarga dan kawan-kawan berkumpul di negara arab.

Untuk rekod, pada tahun 2016 sebuah laman web e-dagang di Amerika berjaya menjual 1.2 juta barangan pada hujung minggu white friday tersebut selain peningkatan pelawat ke laman web sehingga 10 kali ganda.

Single’s Day

Jualan murah hari ‘single’ merupakan sambutan hari jualan terbesar di China yang lebih besar dari gabungan acara Black Friday dan juga Cyber Monday.

Malah, pada tahun 2017, ia mencatatkan keuntungan 4 kali ganda selain bukan sahaja menjadi fenomena di China tetapi juga seluruh dunia! Namanya diambil sempena tarikh tersebut iaitu 11.11 dan mula diperkenalkan oleh pelajar universiti sekitar tahun 1990-an.

Untuk rekod, jualan hari single terbesar direkodkan adalah pada 2017 dengan keuntungan melebihi 25 bilion USD dan paling mengejutkan, mereka berjaya mencatatkan jualan lebih 1 billion USD hanya selepas beberapa minit selepas tengah malam tarikh berkenaan.

El Buen Fin

Acara jualan El Buen Fin ini ‘disambut’ di Mexico seminggu sebelum the Dia de la Revolucion atau Hari Revolusi yang merupakan salah satu daripada cuti hari patriotik Mexico yang paling diraikan.

Secara tradisinya ia disambut setiap hari Isnin ketiga dalam bulan November untuk memperingati kebangkitan menentang pemerintahan diktator Porfirio Diaz yang bermula pada hari itu pada tahun 1910.

Sepanjang tempoh tersebut, kedai-kedai di Mexico akan menarik pelanggan dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti diskaun, tawaran kredit serta pakej-pakej yang menarik. Tidak hairanlah pada 2017, jumlah kutipan jualan yang diperoleh semasa hari El Buen Fin ini mencecah 2.48 billion pesos, atau sekitar 500 juta ringgit!

Kalau korang berpeluang untuk pergi travel waktu-waktu ini, janganlah lepaskan peluang. Kalau dah alang-alang sampai, boleh la merasa pengalaman berada di hari sales mereka kan. Mungkin peluang macam ni hanya dapat sekali seumur hidup.

Tapi sekiranya korang memang berduit, bolehlah pergi setiap tahun. Hiks!

BACA : Jenis-Jenis Sales Di Eropah, Kaki Travel Wajib Alert

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana