Berdepan masalah dengan alat kawalan jauh seperti sukar untuk digunakan, mudah hilang dan rosak serta perlu kerap menukar bateri?
Selalunya kalau remote rosak terutamanya remote televisyen apa korang buat?
Jawapannya tak susah pun, mesti korang ketuk sampai berfungsikan?Jangan tipu tak pernah buat okay!
Ajaibnya, remote TV akan kembali berfungsi dan boleh digunakan semula dengan baik.
Walaupun memang terbukti melalui teknik ini membuatkan alat tersebut boleh berfungsi semula, tapi mesti korang pelik kan dan tertanya-tanya bagaimanakah tindakan seperti itu dapat membuatkan alat kawalan jauh itu kembali berfungsi?
Sebelum mengetahui lebih lanjut tentang ‘keajaiban’ ini, kita perlu tahu mengenai punca utama masalah alat kawalan jauh.
Alat kawalan jauh televisyen menggunakan bateri bagi punca kuasa yang membolehkan alat tersebut berfungsi.
Bateri yang digunakan dalam alat kawalan jauh tersebut berpotensi untuk berada di dalam alat tersebut dalam tempoh yang agak lama.
Oleh sebab itu, lapisan pengoksidaan terbentuk antara spring terminal dan penghubung bateri sepanjang bateri yang sama digunakan.
Lapisan oksida itu mempunyai ketahanan yang tinggi iaitu dapat menyekat aliran arus untuk melaluinya. Kesannya, voltan akan terjejas serta berkurangan menyebabkan alat kawalan jauh tersebut tidak berfungsi dengan baik.
Maka, dengan menghentak dan mengoncangkan alat kawalan jauh itu, ia dapat menyalurkan semula arus tenaga dan membolehkan alat tersebut digunakan semula.
Kaedah ini juga dikenali sebagai penyelenggaraan percussive yang turut dilakukan pada bateri kereta, televisyen dan juga mesin fotokopi.
Langkah ini lebih jelas dapat membantu alat kawalan jauh anda berfungsi kerana dengan menampar atau memukul alat kawalan jauh secara asasnya dapat meletakkan semula hubungan bateri pada kedudukan yang sebenar.
Emm….patut la.
Sumber: Science ABC