Bukan Hanya Sedap Dimakan. Kacang Botor Juga Banyak Khasiat Terutama Untuk Otak Dan Kulit

Share

Generasi muda kini ramai yang tidak tahu tentang khasiat memakan sayur-sayur segar serta ulam-ulaman. Memakan sayur-sayuran segar dan ulam-ulaman dapat memberikan kebaikan kepada tubuh badan manusia.

ARTIKEL BERKAITAN : Ini 4 Jenis Sayuran Yang Baik Untuk Dimakan Bagi Mengurangkan Keradangan Ekzema

Dan golongan muda harus cerdik dalam pemilihan pemakan seharian untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan serta minda dan bukan memberi perhatian terhadap gaya pemakanan yang tidak sihat seperti makanan segera yang hanya membuatkan tubuh badan menjadi lemau dan mengumpul penyakit dari dalam. Untuk ringkasan pada hari ini, REMAJA menampilkan khasiat kacang botor.

Foto: Straight Out of Kampung

Menurut Doktor Rizal Abu Bakar di laman facebooknya kacang botor mempunyai banyak khasiat yang memberi kebaikan kepada otak dan kulit manusia. Jadi tidak hairanlah kulit orang-orang lama sangat cantik kerana percayakan kelebihan yang ada pada tumbuhan hijau ini.

Nama dia taklah cantik sangat. Ada orang kata buruk nama dia ni. Budak budak kalau dengar mesti perli dan gelak. Kawan kita ni biasanya dipanggil kacang botor. Kacang kelisa di sebelah utara. Kecipir di sebelah Indonesia. Walau namanya tak berapa glamer khasiatnya cukup indah.

Bayangkan 100g kacang botor melebihi jumlah protein soya. Lebih selamat. Tak ada isu dengan GMO bagai. Boleh kata masuk kategori organik.

foto via asianinspirations.com.au

KHASIAT-KHASIAT KACANG BOTOR
Mungkin ada yang tertanya tanya sesuai tak untuk otak? Sangat sesuai. Dalam kacang botor ada manganese, B6, Thiamin dan riboflavin. Untuk otak, thiamin macam kita hantar kereta untuk servis. Kerja dia buat maintenance fungsi otak.

1. THIAMIN
Kalau thiamin kurang boleh dapat simpton psikiatri. Takut kalau dapat benda berkaitan simptom sakit mental ni. Contoh simptom dia ialah konfius, gangguan memori dan gangguan tidur. Pentingkan thiamin ni. Kalau makan kacang botor dah settle pasal thiamin ni. Lega satu bab.

2. RIBOFLAVIN
Satu lagi yang power dalam kacang botor ialah riboflavin. Kalau makan benda ada msg yang sebabkan toksin meningkat, riboflavinlah penyelamat. Dia kurangkan kesan excitotoxicity pada otak. Baguskan kacang botor ni.

3. MANGANESE
Satu lagi yang menarik ialah manganese. Dia macam fibre optik untuk internet. Macam 5G lah senang cerita. Kalau 5G bagi laju internet, manganese bagi laju aktiviti elektrik dalam otak. Bukan saja bagi laju tapi bagi jadi lebih efektif.

4. VITAMIN C DAPAT MENCANTIKKAN KULIT

Vitamin C dalam kacang botor juga tinggi. Bolehlah cantikkan kulit. Lega lah sikit kulit cekang dan takda kedut. Paling bagus vitamin C bantu tingkatkan sistem imun.

SEJENIS TUMBUHAN YANG MUDAH DITANAM
Kacang botor ni nak tanam pun mudah. Harga pula murah. Rebus sahaja lepas buat cicah-cicah. Perrgghhh merecik bak hang. Selepas ini kalau pergi kedai makan, rajin-rajinlah ambil kacang botor ini. Ataupun beli dan masak sendiri. Senang lagi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua,

ARTIKEL BERKAITAN : Sering Kali Jadi Sebutan, Ini Khasiat Cincau Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

Published by
Nana