Bukan Isu Baru, 5 Langkah Korang Perlu Ambil Jika Jadi Mangsa BULI

Share

 

Kes buli yang telah dibongkarkan oleh bekas ahli grup K-pop perempuan, AOA baru-baru ini telah menjadi topik perbualan hangat remaja.

Bukan hanya peminat hiburan Kpop terkejut dengan pembongkaran oleh Mina tersebut. Topik ini telah diperdebatkan melebihi skop hiburan saja – ia melibatkan lebih ramai remaja yang berdepan dengan isu buli sama seperti Mina.

Bagi korang yang baharu mendengar akan kes ini, ia melibatkan perbuatan buli ketua kumpulan AOA, Jimin terhadap salah seorang ahlinya, Mina selama 10 tahun terutamanya dari segi emosi. Ini sekaligus mendesak Mina untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut setelah mencapai ‘limit’ pada tahun lalu.

WHOA, 10 tahun dia mendiamkan diri.

Kes buli ini bukan saja membuka mata pihak pengurusannya, tetapi juga membuka mata dunia bahawa isu buli masih berleluasa boleh menjadi serius sehingga perlu bertahan selama 10 tahun.

*

Ini bukan lagi satu kes baharu. And most likely, it will not just go away.

NAMUN, bagi korang yang pernah berdepan dengan kes buli ataupun sedang berdepan dengan pembuli sekarang, REMAJA mempunyai beberapa langkah yang ingin kami syorkan.

Ya, bukan mudah untuk kita berhadapan dengan si pembuli and stand up for ourselves. Bagaimanapun, ia adalah langkah terbaik daripada membiarkan hal ini berleluasa seperti yang dihadapi oleh Mina.


So guys, please SAY NO to bullying!

Membuli bukanlah satu budaya yang cool, yang kelakar dan ia tidak menjadikan korang lebih popular. Membuli boleh mendatangkan kesan yang amat mendalam terhadap mangsanya.

Adakah korang ingin perkara yang sama dihadapi oleh rakan baik ataupun adik-beradik korang sendiri?

Published by
webadmin