Siapa sangka Tun Dr Mahathir Mohamad,97, menerima kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang berlangsung semalam. Bertanding di parlimen Langkawi, Mahathir telah dikalahkan oleh Mohd Suhaimi Abdullah dari Bersatu yang meraih sebanyak 25,463 undi.
Namun tahukah anda kekalahan bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh ini bukanlah yang pertama. Beliau pernah dikalahkan pada PRU tahun 1969 di parlimen Kota Setar.
Ketika itu kerusi tersebut telah dimenangi oleh ahli politik popular Yusof Rawa atau nama sebenarnya Yusof bin Abdullah yang mewakili Pan-Malaysian Islamic Party atau kini dikenali sebagai Pasti Islam Se-Malaysia (PAS). Dalam persaingan sengit kira-kira 53 tahun lalu itu, Yusof Rawa menang dengan majoriti 989 undi.
Kekalahan yang dihadapi oleh Mahathir sedikit mengejutkan kerana beliau sekadar berada di kedudukan keempat dari keseluruhan lima calong bertanding. Lebih malang, beliau juga hilang wang deposit.
Pelbagai faktor yang menyumbang kekalahan mantan Perdana Menteri yang digelar Bapa Pemodenan Malaysia ini. Salah satunya adalah tsunami penyokong Perikatan Nasional selain satu faktor lagi mungkin terletak pada usia beliau yang sudah dilihat terlalu tua untuk menjalankan tugas sebagai ahli parlimen.
Walaupun begitu, jasa dan keringat yang dicurahkan sepanjang bergelar ahli politik dan Perdana Menteri harus dihargai dan diingati. Terbinanya Malaysia yang moden hari ini adalah antara usaha pintarnya suatu ketika dahulu memacu negara ke arah yang lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.