Ini kerana kabinet semalam telah bersetuju untuk memperkenalkan semula pembayaran elaun kepada pelatih (pelajar program intership) yang berkhidmat di bawah kerajaan.
Pengumuman itu telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menurut beliau, pembayaran elaun kepada pekerja pelatih (intern
) ini adalah kewajipan berdasarkan pekeliling yang akan dilaksanakan di setiap kementerian dan agensi kerajaan.Dari segi bila ia akan mula berkuat kuasa pula, beliau menjawab secepat mungkin. Mungkin sekali bermula intake pekerja pelatih seterusnya?
“Skim pembayaran kepada pelatih ini akan dinilai mengikut beberapa kriteria yang akan ditetapkan. Ia bagi memberi kemudahan kepada pelajar sepanjang tempoh internship (kemungkinan 2 hingga 6 bulan lamanya),” katanya menerusi akaun media sosial.
“Kewajipan latihan berbayar (paid intership) ini adalah satu permulaan bagus untuk mengurangkan beban pelajar.
“Saya berharap ia akan ditetapkan sebagai satu standard di Malaysia termasuklah di sektor awam DAN swasta.”
Cadangan tersebut sebenarnya telah disuarakan pada minggu lalu selepas beliau berjaya membawa perubahan kepada usul umur pengundi Pilihan Raya Umum yang diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun.
Hanya dalam tempoh seminggu, cadangan “Paid Intership” ini telah diterima kabinet dan diluluskan. Good job Yang Berhormat & co!
REMAJA berharap agar tugasan yang diberikan kepada para pelatih juga akan ditingkat daripada sekadar menjadi pembuat kopi, tukang photocopy dan penjawab telefon saja.
Ini kerana mereka ditugaskan di situ untuk belajar mengenai selok-belok pekerjaan yang berkaitan dengan bidang masing-masing.
BACA: Rentetan Isu Remaja Bunuh Diri, Syed Saddiq Ajak Belia Jumpa Bincang
*
Syed Saddiq juga berkongsi bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk mempengerusikan mesyuarat khas kabinet bagi membincangkan isu berkaitan anak muda, SOON.