Kecoh di media sosial tentang kes bunuh diri penyanyi kumpulan SHINee, Jonghyun yang dikatakan mati akibat mengalami masalah depresi dalam hidup.

Macam-macam komen dilemparkan oleh netizen, malah ada juga yang mempersoalkan tentang hukum bunuh diri dalam agama. Tak kurang juga dengan beberapa herdikan yang diterima daripada berita kematian ini.

Ramai yang menganggap isu ini remeh, lebih-lebih lagi masyarakat di Malaysia. Namun apa yang dikongsi kan oleh Dr. Adnan Omar selaku Clinical Psychologist/Suicidologist, ia merupakan satu fenomena yang membimbangkan kerana ‘invisible disease’ ini semakin merebak dalam masyarakat kita.

Tambahan pula, penerimaan dan persepsi masyarakat kita terhadap masalah mental ini masih di tahap kuno. Ini membuatkan pesakit yang menghidap masalah kecelaruan psikologi ini semakin tertekan akibat dicemuh dan dipandang serong oleh orang sekeliling.

Bukan Mahu Jadi Attention Seeker, Ini 5 Mitos Tentang Bunuh Diri Yang Ramai Tak Tahu
Gambar hiasan

Terdapat beberapa mitos tentang bunuh diri yang dijelaskan oleh Dr. Adnan Omar dan antaranya adalah seperti berikut:

Mitos 1

Jika seseorang itu bercakap tentang idea mahu bunuh diri, dia cuma inginkan perhatian

Ads

Realiti

Mereka yang bercakap tentang bunuh diri sebenarnya sedang menanggung kesakitan dan kemurungan yang tak terhingga. 80% daripada mereka yang membunuh diri sudah memberi petanda dengan bercakap dengan spesifik tentang keinginan mereka untuk membunuh diri manakala 20% lagi cuma bercakap dengan samar-samar seperti rasa berputus asa dan rasa tiada harapan.

Mitos 2

Orang yang nak bunuh diri ini semua memang betul-betul nak mati dan memang dah tak nak hidup

Realiti

Setiap orang yang mahu membunuh diri sebenarnya mahu hidup, tapi mahu dibantu. Mereka pilih untuk bunuh diri kerana rasa sudah tidak ada pilihan dan tak tahu cara nak hadapi masalah.

Ads
Bukan Mahu Jadi Attention Seeker, Ini 5 Mitos Tentang Bunuh Diri Yang Ramai Tak Tahu
Gambar hiasan

Mitos 3

Apabila sudah ada satu episod seseorang cuba membunuh diri, dia takkan berhenti mencuba untuk membunuh diri

Realiti

Seseorang yang ingin membunuh diri cuma ada keinginan apabila dia berada di saat getir dalam hidupnya. Apabila dia sudah dapat melepasi saat getir dan kritikal itu dan kembali berada dalam keadaan normal, dia akan lupakan keinginan itu dan menikmati hidup seperti orang lain.

Mitos 4

Seseorang yang telah berjaya mengatasi keinginan membunuh sudah pulih sepenuhnya serta merta

Ads

Realiti

Setiap orang yang pernah ada keinginan atau cubaan membunuh diri perlu mendapat terapi dan rawatan berterusan paling minima selama 3 bulan. Ini kerana mereka sedang mengalami kecelaruan psikologi dan memerlukan tempoh yang agak panjang untuk pulih sepenuhnya. Sokongan dan perhatian khas daripada ahli keluarga serta rakan-rakan sangat membantu untuk mereka pulih sepenuhnya.

Bukan Mahu Jadi Attention Seeker, Ini 5 Mitos Tentang Bunuh Diri Yang Ramai Tak Tahu
Gambar hiasan

Mitos 5

Keinginan membunuh diri cuma berlaku pada orang kaya dan mereka yang ada masalah cinta

Realiti

Keinginan membunuh diri boleh ada pada sesiapa sahaja. Idea ingin membunuh diri boleh wujud berpunca daripada semua isu yang berkaitan dengan seseorang itu. Isu ini tak kira taraf hidup, pendidikan, agama, bangsa, jantina dan umur.

Jadi, jika ada kenalan anda yang mungkin mempunyai masalah dan perlukan bantuan, janganlah kata dia ‘attention seeker’ pula. Elakkan diri daripada memberi cemuhan dan mempersendakan mereka, sebaliknya jadilah pendengar yang setia.

Sumber: Malaysian Suicide Alert

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI