Bukan Malaysia Saja Kenakan Perintah ‘Lockdown’ Kedua, Ini 5 Buah Negara Lain

Share

 

3,309

Itulah jumlah kes positif COVID-19 yang dicatatkan semalam pada hari terakhir sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan; bermula hari ini.

Sememangnya, angka tersebut ibarat satu tamparan kepada Malaysia, secara amnya tentang bagaimana kita telah membiarkan situasi wabak di negara ini meningkat secara mendadak dalam tempoh 5 bulan yang lalu sehingga memaksa beberapa buah negeri untuk kembali diletakkan di bawah arahan PKP.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Muat Turun Borang Permit Pergerakan PKP & PKPB Untuk Rentas Negeri Atau Daerah – REMAJA

Bagaimanapun, usahlah kita menunding jari kepada mana-mana pihak. Jangan gigih mencari siapakah punca sebenar peningkatan itu. Apa yang penting adalah usaha kita sekarang untuk melandaikan situasi semasa.

Untuk pengetahuan, bukan Malaysia saja yang terpaksa memberi arahan duduk di rumah buat kali kedua. Beberap negara lain juga mengambil langkah yang sama demi menjaga keselamatan rakyat setelah ratusan ribu kes baharu dilaporkan pada awal minggu ini.

.

Amerika Syarikat

Sumber Foto: Getty Images.

Tidak habis-habis ya isu yang melanda negara Uncle Sam dari tahun lalu.

Setelah penyokong Donald Trump melakukan rusuhan di US Capitol bagi menghalang pengesahan pelantikan Joe Biden sebagai Presiden baharu Amerika Syarikat, minggu ini beliau mengistiharkan pula perintah darurat di Washington D.C menjelang acara pelantikan rasmi itu yang dijadualkan berlangsung pada 20 Januari ini.

Haih, tak nak lepaskan kuasa sungguh!

.

Lebanon

Pengumuman perintah sekatan dan kawalan pergerakan diambil di tiga buah kawasan setelah jumlah kes COVID-19 di Lebanon mencatatkan angka membimbangkan – sejak 7 Januari sehingga 1 Februari ini.

Bagaimanapun, ia dilihat masih belum mencukupi memandangkan jumlah katil di hospital juga semakin berkurangan. Lalu, bermula isnin lalu pula, Lebonan mengenakan sekatan lockdown

di seluruh negara selama 11 hari berturut-turut.

.

China

Keadaan di Wuhan China. Sumber Foto: Getty Images.

Perintah lockdown baru saja diumumkan di Shijiazhuang, Langfang, Hebei dan Heilongjiang setelah banyak kes baharu COVID-19 dilaporkan secara drastik. Ia memberi kesan kepada 11 juta orang rakyat yang mendiami kota itu untuk beroperasi seperti biasa.

Seperti di Malaysia, rakyat tidak dibenarkan untuk merentas daerah di sana. Malah menjelang perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, banyak wilayah yang mengumumkan sekatan perjumpaan beramai-ramai di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.

.

Great Britain

Perdana Menteri Britain, Boris John mengumumkan negara itu kembali dalam keadaan lockdown untuk kali ketiga bermula minggu ini sehinggalah pertengahan Febuari nanti.

Ini selepas Britain menunjukkan angka kematian terburuk di seluruh dunia buat masa ini disebabkan jangkitan wabak. Sehingga kini, lebih 3 juta rakyatnya telah disahkan positif COVID-19 dan jumlah kematiannya mencecah 81,000.

Bak kata Perdana Menteri mereka, “Britain sedang dalam perlawanan menentang masa.” Mengikut perancangan, sebanyak 15 juta orang rakyat Britain dijangka akan menerima suntika vaksin sehingga bulan hadapan demi mengawal jumlah kes pada musim bunga kelak.

.

Thailand

Sumber Foto : AFP.

Negara seberang kita juga baru saja memperkenalkan sekatan pergerakan selepas gelombang kedua COVID-19 tercetus di sana. Bagaimanapun, seperti Malaysia, Thailand juga tidak mengehadkan pergerakan ekonomi seperti tahun lalu. Sebaliknya, mereka mengehadkan pergerakan rakyat secara berperingkat mengikut wilayah sejak Disember 2020.

Antara cara yang dilaksanakan adalah mengehadkan pembukaan restoran sehingga jam 9 malam saja di Bangkok. Di 6 buah wilayah di sana, penduduk perlu mendapatkan permit khas untuk merentas keluar. Jadi, ia bukanlah lockdown sepenuhnya.

Published by
FZ