Bukan Masalah TNB Je, Rupanya Seluruh Dunia Terjejas Dengan Trend Kenaikan Bil

Share

Ramai yang mengeluh dan ada yang mengamuk dek kerana bil elektrik kediaman mereka mendadak naik dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan, tiga bulan kebelakangan ini.

Tapi rupanya bukan hanya di Malaysia, masalah kenaikan bil secara mendadak ini berlaku.

Menurut satu laman web kaji selidik, Populus, trend kenaikan ini dapat dilihat di negara dunia lain seperti United Kingdom, New York, Australia, Filipina serta negara jiran Malaysia sendiri seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

Sebagai contoh, United Kingdom mencatatkan purata peningkatan sehingga £32.31 (RM173.17 sen) sebulan. Manakala di New York, berlaku peningkatan penggunaan sebanyak 7% pada hari bekerja dan 4% ada hujung minggu.

Norma baharu yang memerlukan pekerja bekerja dari rumah turut menjadi satu punca kenaikan berlaku, selain daripada semua institusi dan organisasi tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor-sektor penting.

Dalam laporan itu juga menjelaskan sektor jualan dalam talian daripada segi barangan elektrik seperti ketuhar, pengadun dan mesin pembuat roti melonjak semasa tempoh ini berlangsung dan menjadi salah satu faktor bil elektrik meningkat naik kerana telah menggunakan sebahagian besar tenaga di rumah.

Di Malaysia, selepas menerima pelbagai aduan daripada rakyat, pihak TNB kini sedang mengkaji semula mekanisme bagi menangani aduan orang ramai mengenai caj bil elektrik yang melonjak naik sepanjang tempoh PKP berlangsung.

Semoga info ini mampu memberi sedikit pencerahan kepada korang yang terfikir-fikir kenapa bil elektrik rumah mereka terlalu tinggi.

Published by
Ruziana Zainal