“Gaji dah masuk! Kena pergi withdraw duit kejap..”
Mungkin ramai dalam kalangan kita yang akan berkunjung ke bank atau mesin ATM di musim PKP ni untuk membuat pengeluaran wang berbelanja. Penting untuk diingatkan bahawa penjagaan kebersihan tangan juga perlu dipraktikkan ketika korang berada di sana kerana kawasan ATM adalah kawasan yang banyak melibatkan sentuhan orang ramai terutamanya di mesin tersebut sendiri.
Namun, jangan la menjadi ‘paranoid’ pula habis semua nak di sembur dengan air pembasmi kuman atau sanitizer. Salah satu benda yang tidak boleh korang bersihkan sesuka hati ialah seperti mesin pengeluaran wang, ATM.
Menurut perkongsian seorang penguna facebook, Ishak Abu Jamin terdapat beberapa mesin ATM yang telah rosak dan perlu dibaiki akibat sikap pengguna yang gemar membersihkan permukaan skrin mesin terbabit dengan sanitizer.
Menurut perkongsian Ishak, kawannya yang bekerja sebagai technician ATM telah berkongsi masalah tersebut yang disebabkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna . Memang semua orang nak pastikan benda itu selamat dan bersih dulu tapi dalam hal ini memadai kalau kita cuci tangan sendiri je.
Untuk info, kandungan alkohol dalam sanitizer boleh merosakkan komponen-komponen dalam mesin ATM.
Selain itu, ada juga pengguna kongsikan cara yang mereka gunakan untuk mengelak dan lindungi diri dari virus Covid-19.
Yes, faham kita semua dalam langkah menagani penularan virus pandemik Covid-19 ni tapi perlu juga selitkan sikap bertimbang rasa dan bertanggung jawab atas harta benda awam. Kalau dah rosak kan menyusahkan ramai orang.
Okay lepas ni sembur dekat tangan je okay..
Sumber : Facebook Ishak Abu Jamin