Akan tetapi, tarikh 10 Februari hari ini merupakan tarikh istimewa bagi ramai selebriti terkenal dari Malaysia, Barat dan Korea Selatan apabila masing-masing menyambut hari kelahiran mereka.
Adakah sememangnya insan yang diahirkan pada 10 Februari ini berpotensi untuk menjadi seorang selebriti yang popular? Hehe..
Itu kami pun tak pasti. Apa yang kami tahu, ‘bayi’ 10 Februari ini jatuh pada fasa zodiak Aquarius. Dan menurut kata-kata pengamal zodiak (disclaimer: kita tidak semestinya perlu mempercayainya), mereka yang lahir pada 10 Februari mempunyai persamaan yang pernting sekiranya seseorang itu bercita-cita untuk menjadi seorang yang terkenal dan berjaya!
Golongan Aquarius dikatakan mempunyai azam yang jitu dan perancangan jangka masa panjang. Walaupun mereka masih muda, pemikiran mereka telahpun ‘sampai’ hingga 10 tahun kemudiannya.
Mereka tahu apa yang ingin dicapai dan akan cuba berusaha sedaya mungkin. Jika korang berkawan dengan golongan Aquarius, pandai-pandailah korang ajak mereka makan sekali kerana mereka ini suka bekerja keras sehingga kadangkala masa makan pun terlupa.
Selain itu, golongan Aquarius ini dikenali ramai disebabkan oleh kebijaksanaan mereka. Dan mereka juga adalah seorang yang unik! Ada saja perkara baru yang tidak terfikir dek akal yang dilakukan mereka ini.
Ads
*
Seperti yang ramai ketahui, salah seorang selebriti terkenal yang lahir pada 10 Februari ialah Dewi Remaja 2009/2010, Noor Neelofa.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Itulah yang sedang dirasai oleh sebuah akaun Instagram dikenali sebagai @jab_netizen yang telah melontarkan kata-kata berbaur cacian dan face shaming terhadap salah seorang peserta program realiti All StasGegar Vaganza, Liza Hanim.
Sewaktu diumumkan sebagai peserta kejutan yang diundi masuk oleh para peminat, pemilik nama penuh Haliza Hanim Binti Abdul Halim ini telahpun menerima sokongan yang tidak berbelah bahagi; bukan hanya di auditorium MBSA tetapi juga di platform media sosial.
Ramai mengakui bakat serta tata persembahan Liza Hanim setiap kali menaiki pentas tidak boleh disangkal sama sekali. Biarpun bergelar sebagai peserta Hot Seat yang dipilih masuk hasil undian peminat, Liza Hanim tetap dijangka akan memberikan saingan sengit terhadap 10 orang juara terdahulu program Gegar Vaganza.
Bagaimanapun, tidak kurang juga kata-kata kurang enak dilempiaskan terhadap Liza; bukan disebabkan kualiti persembahannya tetapi disebabkan rupa parasnya yang dimiliki.
Haih, sudah tahun 2023 pun ada lagi yang isu-isu face shaming melampau! Salah satu akaun media sosial yang menyentuh perihal sensitif itu ialah @jab_netizen.
“Liza Hanim sangat berbakat, bersuara sedap dan mantap. Tapi kekurangannya adalah tak berupa cantik dari segi hidup sedikit kembang serta kulit wajah ada lubang-lubang sejak zaman anak dara. Jadi faktor tersebut buatkan beliau sedikit terbelakang zaman itu,” catatnya.
Liza pantas menyedari komen tersebut yang menjengah di ruangan komen dan mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan kecewa terhadap standard yang diletakkan oleh segelintir masyarakat di Malaysia terhadap golongan penghibur.
Liza (kiri) bersama rakan karibnya, Noryn Aziz di program All Together Now bersama Ernie Zakri dan Syamel (belakang)
“Bukan sentap, tetapi saya perlu mengetengahkannya.
“Tergamak nak bagi komen macam ini, berkali-kali pula itu, kenapa? Motif? Kekadang bahasa kata itu lagi penting dari rupa paras tau. Akak tak goyang dengan cacian, kutukan (atau) kritikan sesiapa tapi budaya sekarang agak melampau.
“Kekadang akak tertanya juga rupa orang yang tulis ini, macam manalah agaknya??” soal Liza sebelum menyambung, “Hantaran ini (adalah) untuk semua yang pernah kena kutukan macam akak untuk kita bangkit. Terus kental dan lakukan apa sahaja yang membuatkan kita gembira dengan diri sendiri serta keluarga.
“Teruskanlah bersyukur kepada Allah SWR atas segala kurnianya,” simpulnya.
Tampil mempertahankan rakan seperjuangannya sejak era 90-an, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang jarang-jarang sekali menunjukkan amarah di media sosial tidak berselindung di sebalik kiasan pada hantaran Liza.
“Tulisan daripada @jab_netizen jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik dan hati yang hitam. Jangan menyentu soal fizikal sebab semua orang tidak sempurna. Kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya,” catat Siti.
Ya, begitulah catatan sebenar Datuk Seri Siti Nurhaliza. #HamikKau!
Sementara itu, dua bintang program Big Stage iaitu Wani Kayrie dan Aisha Retno juga berharap agar Liza terus fokus dengan persediaan persembahan bagi konsert All Stars Gegar Vaganza seterusnya.
“Anda cantik dengan cara anda sendiri Kak Liza. Yang penting kita bersyukur,” kata Wani. Manakala Aisha berkata, “Saya sayangkan anda. Jangan biarkan kata-kata ini menghentikan perjuangan terbaik anda. Idola saya, terus pandang ke hadapan dan slay.”
Antara selebriti tempatan lain yang turut menunjukkan solidariti terhadap Liza ialah Aya Amiruddin, Nadia Aqilah, Syura Badron dan Ieda Moin.
Dalam pada itu, tinjauan REMAJA terhadap akaun @jab_netizen mendapati pemiliknya cuba mempertahankan kata-kata hinaan terhadap Liza.
“Saya tiada niat langsung untuk body shaming atau mengutuk. Saya cuma menjelaskan mengapa Kak LH kurang menyerlah berjaya sedangkan beliau sangat sangat berbakat.”
Cukup-cukuplah menjadi rupa paras sebagai kayu pengukur potensi seseorang. If you do not have a nice thing to say, do not say anything at all!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Disebabkan pandemik wabak Covid-19 pada tahun ini, pelbagai perancangan terpaksa diolah semula oleh kita semua. Ini termasuklah perancangan takwim persekolahan dan peperiksaan setelah sekolah terpaksa ditutup sehingga bulan Julai lalu.
Terbaru, satu pekeliling rasmi telah dikeluarkan pada hari ini bagi memaklumkan takwim persekolahan pada tahun hadapan.
Menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malasyia, Haji Adzman Bin Talib yang mewakili Pendaftar Institusi Pendidikan & Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, perubahan takwim persekolahan ini melibatkan tempoh cuti persekolahan yang berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.
Ini adalah rumusan mudah daripada pekeliling tersebut untuk rujukan korang.
Cuti Awal Tahun
(Bersambung dari tempoh cuti akhir tahun selama 14 hari)
1 Januari 2021 – 19 Januari 2021
Cuti Pertengahan Penggal
26 Mac – 3 April 2021
Cuti Pertengahan Tahun
28 Mei – 12 Jun 2021
Cuti Pertengahan Penggal
16 Julai – 24 Julai 2021
Cuti Pertengahan Penggal
10 September – 18 September 2021
Cuti Akhir Tahun
10 Disember – 31 Disember 2021
Selebihnya merupakan hari persekolahan dan peperiksaan seperti biasa, seperti di bawah.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengeluarkan tempoh cuti perayaan pada tahun hadapan.
Korang pastinya inin mengetahui cuti yang diperuntukkan terutamanya untuk perayaan utama negara seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali, Hari Kaamatan dan Hari Gawai Dayak.
Mengikut tinjauan REMAJA pada akaun Facebook Kementerian, netizen rata-rata tidak mempunyai sebarang masalah dengan takwim bagi tahun hadapan.
Bagaimanapun, mereka masih tidak boleh menerima jadual persekolahan sehingga pertengahan bulan Disember, tahun ini.
Nampaknya, isu cuti 14 hari pada akhir tahun 2020 masih tidak disenangi oleh ramai orang, err..
Tuah ayam nampak di kaki, tuah pemenang KIX RU Tough Enough South East Asia (SEA) pada hari ini nampak pada kekuatan tenaga, stamina dan mental yang kuat!
Malaysia mampu berbangga apabila wakil negara, Seah Zhang Yu, 23 berjaya mengenepikan saingan 17 orang peserta lain termasuk 3 peserta Malaysia untuk muncul juara RU Tough Enough SEA sebentar tadi.
Bertempat di Sunway Pyramid Petaling Jaya, RU Tough Enough sekali lagi kembali dengan kerjasama saluran KIX Asia bersama penaja Fisherman’s Friend untuk mencari insan terkuat.
Bezanya kali ini berbanding tahun-tahun lalu, ia dibuka kepada 18 orang peserta dari beberapa buah negara di Asia seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Hong Kong.
Akhinya selepas melepasi beberapa cabaran yang memerlukan daya tahan fizikal dan mental yang kuat, atlet sukan MMA dari Pulau Pinang iaitu Seah Zhang Yu diumumkan sebagai juara keseluruhan.
Sekaligus, Zhang Yu membawa pulang wang tunai USD15,000 (kira-kira RM60,000) dan gelaran juara RU Tough Enough SEA 2019.
Zhang Yu bersama naib juara dari Thailand.
”Walaupun saiz badan saya lebih kecil berbanding lawan dari Thailand sebentar tadi, saya tak menyerah kalah dan cuba untuk habiskan cabaran.
”Saya ketinggalan kepadanya pada peringkat pertengahan. Tapi setelah dia gagal untuk menyudahkan peringkat terakhir iaitu memanjat tembok, berserta sokongan padu daripasa penyokong Malaysia di sekeliling saya, saya hanya lakukan yang terbaik untuk negara saya.
”Saya tak sangka dapat bergelar juara pada hari ini. Ini semua berkat sokongan keluarga, kawan dan penyokong Malaysia. Terima kasih!” katanya selepas dinobatkan pemenang oleh juara tahun lalu, Mohammad Saddam.
Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada Zhang Yu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Kasih Iris Leona mungkin sudah tidak asing lagi dalam dunia media sosial tempatan.
Dalam satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini, anak kepada pelakon...