Bukan Niat Nak Viral, Aisar Khaled Jelas Isu Sebenar Tentang Video Babi Air

Share

 

Selebriti media sosial yang sedang tular dengan kandungan video cabaran ‘babi air’ di YouTube, Aisar Khaled telah pun membuat permohonan maaf kepada masyarakat Malaysia dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya itu.

BACA: Jumlah ‘Dislike’ 3 Kali Ganda Dari ‘Like’, Aisar Khaled Tak Kisah Dikecam Asalkan Viral?

Aisar ketika dihubungi REMAJA pada hari ini menjelaskan bahawa video yang dirakam itu bukanlah semata-mata inginkan perhatian atau untuk dijadikan bahan viral. Malah Aisar sendiri tidak menjangkakan bahawa perbuatannya itu akan mendapat reaksi warganet sehingga ke tahap ini.

 “Pertama sekali, Aisar memang ingin memohon maaf kepada masyarakat Malaysia dengan apa yang terjadi ini. Basically, saya buat video tersebut pun disebabkan topik babi air sedang trending di media sosial.

“Jadi, saya buat keputusan untuk melakukan cabaran video terrsebut tanpa berfikir dahulu baik dan buruknya. Saya mengaku, itu memang kesalahan saya.

“Setiap YouTubers selalu akan ‘menangkap’ perkara-perkara yang sedang viral untuk dijadikan content. Namun, silap saya di sini kerana tidak berfikir tentang implikasinya.

“Saya juga tidak sangka video tersebut mendapat perhatian ramai dan selepas ini akan lebih berhati-hati dalam mencari content,” jelas Aisar. Tinjauan REMAJA terhadap video yang masih ada di akaun Aisar Khaled itu menunjukkan jumlah ‘unlike’ telah meningkat ke 43 ribu berbanding 12 ribu like yang diterimanya.

Foto: Aisar Khaled

Menurut Aisar lagi, dia reda dengan kecaman yang dilemparkan warganet dan cuba untuk berfikiran positif.

“Bagi saya, biasalah kalau dikecam, memang saya perlu menanggung akibatnya. Nak tak nak, memang saya kena hadap cacian mereka. Saya tidak marah kepada mereka, sebaliknya menjadikan ini sebagai pengajaran hidup,”

“Dari segi kerja pula, Alhamdulillah semuanya masih berjalan lancar. Klien pun  nampaknya faham dan situasi ini tidak memberi kesan untuk kerja saya. Cuma selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.”

Foto: Aisar Khaled

“InsyaAllah rezeki masih luas di luar sana. Saya akan tetap meneruskan kerjaya saya dalam industri hiburan.

“Saya berharap kesilapan ini dapat memberikan semangat untuk saya terus berusaha dengan lebih gigih,” tambahnya.

Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya buat Aisar dan semoga terus kuat untuk menghadapi dugaan sebagai individu yang dikenali.

Masih jauh lagi perjalanan Aisar dalam industri seni ini dan ada banyak lagi cabaran yang perlu ditempuh. Anggaplah ini sebagai ujian sebelum menjadi orang yang berjaya. Paling penting, jangan ulangi kesilapan yang sama dan sama-samalah kita menjadi individu yang lebih baik.

Published by
Noor Ain Norman