Peserta program fitness Maskulin Who’s Your Bro, Hakimi Noordin menjelaskan perbuatannya yang gemar membuka baju sewaktu aktiviti larian, Challo Run dan seterusnya memuat naik ke laman sosialnya bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk aset tubuh kekar.

Sebaliknya, Hakimi, 24 berkata ia hanyalah rutin yang biasa dilakukan bukan sahaja olehnya tetapi juga oleh lelaki lain yang aktif bersukan.

Bukan Niat Untuk ‘Show Off’ Badan, Peserta Who’s Your Bro Hakimi Noordin Buka Baju Di Challo Run Untuk…
Hakimi Noordin.

Hakimi yang ditemui sewaktu program temubual digital, Gempak Most Wanted diajukan soalan berkenaan dek komen-komen warganet di platform seperti X dan TikTok yang merasakan tabiat itu bersifat ‘poyo’ dan menunjuk-nunjuk.

Begitupun, respon jejaka berketinggian 185cm ini terhadap pertanyaan Sean Lee itu kekal tenang dan jelas.

“Saya memang meminati dunia fitness… berlari, bermain bola sepak, gym. Saya sebenarnya sudah lama tidak berlari, kali terakhir waktu di bangku sekolah dulu. Jadi larian pertama saya adalah sepanjang 10 kilometer, pace 5 sewaktu ‘KL Car Free Day’.

“Sejak itu, saya ‘ketagih’ dengan aktiviti ini dan saya benar-benar enjoy. Saya fikir kalau kita mula jadikan larian sebagai rutin, kita tidak rugi apa-apa pun malahan banyak kelebihan yang kita peroleh,” ulas Hakimi.

Ads

Bukan Niat Untuk ‘Show Off’ Badan, Peserta Who’s Your Bro Hakimi Noordin Buka Baju Di Challo Run Untuk…

Buka Baju

Mungkin mereka yang tidak berpengalaman dalam aktiviti larian kurang tahu mengenai mannerism lelaki yang membuka baju. Namun untuk salah seorang anggota komuniti pelari, Hakimi berkata ia adalah mentaliti yang sudah sebati dengannya dan atlet-atlet lain.

Hanya disebabkan namanya kian dikenali sama ada di pentas peragaan mahupun sebagai pempengaruh media sosial, warganet pantas menghukumi perbuatannya itu.

“Saya bukan hendak show off atau apa. Tapi selepas berlari seketika, badan kita jadi panas dan sudah berpeluh-peluh. Ini mind set saya; jika saya buka baju kemungkinan saya boleh berlari dengan lebih laju lagi apabila kurang bawa bebanan baju lencun tadi.”

Ads

Bukan Niat Untuk ‘Show Off’ Badan, Peserta Who’s Your Bro Hakimi Noordin Buka Baju Di Challo Run Untuk…

“Perkara ini (buka baju) mungkin jadi isu kerana saya dan yang lain-lain (ahli Challo Run) dikenali. Sebab itu kami mendapat komen (negatif daripada warganet). Sebenarnya, ramai lagi atlet-atlet yang buka baju ketika training namun kerana kurang dikenali, orang tidak bercakap lebih mengenai mereka.

“Seperkara lagi, ia  juga adalah satu bentuk motivasi untuk orang di luar sana untuk memiliki badan fit juga,” ulasnya lagi.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MASKULIN (@maskulinmag)

Jangan ketinggalan menonton episod pilot program Who’s Your Bro di Astro Ria mulai 29 November ini, setiap hari Jumaat jam 9 malam.

FOTO: Instagram // hakiminoordin

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI