Bukan Penyebab Paru-Paru Berair, Ia MITOS, Tak Sangka Ada Manfaat Mandi Malam

Share

Tentu kita biasa mendengar “bebelan” dari mak ayah yang mengatakan tidak elok mandi malam kerana angin masuk dalam badan selain boleh mengakibatkan paru-paru berair.

Sekian lama mempercayai pandangan orang tua terdahulu, tetapi nampaknya pandangan itu tidak tepat dari sudut perubatan kerana ia hanyalah mitos dan tidak sama sekali akan mengakibatkan individu yang mandi malam akan terkena paru-paru berair. Sebaliknya menurut Doktor Rafidah Abdullah, seorang pakar perubatan menulis, seandainya mandi dan kemudian berehat, tidur akan jadi lebih nyenyak.

Jelasnya lagi, mandi malam bukan penyebab kepada paru-paru berair. Baca perkongsiannya mengenai mandi malam yang boleh mengakibatkan paru-paru berair seperti dikongsinya di fb miliknya.

Soalan biasa:

“Doktor mandi malam penyebab paru-paru berair ke?”

Tidak.
Tolong lah hapuskan mitos itu.
Saya pun suka mandi malam-malam: nyenyak tidur

“Habis itu apakah penyebab paru-paru berair?”

Rasa dah sampai masanya saya “break the bubble”. Saya tidak suka istilah paru-paru berair. Cuba kita majukan sedikit minda kita dan beritahu saya apa yang anda maksudnya paru-paru berair itu. Rakan saya ada jelaskan 3 makna (atau deskripsi) utama: radang, oedema atau effusion.Berbeza bergantung kepada lokasi dimana air itu berada: rongga/ruang yang mana.

Kalau jumpa Doktor, tanya yang mana satu. “Paru-paru berair” sahaja tak cukup untuk kami fahami. Dan jika orang saja sebut itu sebab tak bagi mandi malam; cuba anda tanya diagnosa 1, 2 atau 3 yang dimaksudkan itu? Ketiga-tiga mempunyai fisiologi berlainan. Saya rasa akan senyap orang itu. Senang sikit nak masuk bilik air, mandi malam-malam.

Jom, lengkapkan diri kita dengan lebih ilmu pengetahuan☺.

Rafidah Abdullah

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros