Dunia Islam bersedih hari ini apabila dimaklumkan akan kematian Presiden Mesir yang diguling, Dr Mohamed Morsi yang rebah sebelum meninggal dunia semasa perbicaraannya berlangsung.
Sebagai anak muda, ada sesuatu yang harus kita pelajari mengenai Dr Mohamed Morsi ini kerana pemergiannya amat ditangisi dunia Islam khasnya.
Ads
Siapa Dr Mohamed Morsi ini?
Ads
Mohamed Morsi Isa’ Al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah.
Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.
Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu.
Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.
Morsi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975.
Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978.
Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.
Selepas itu, Morsi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge.
Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.
Malah beliau amat memberi perhatian serius mengenai isu Palestin dan Al-Quds.
Baca perkongsian mengenai Presiden Mesir ini seperti yang ditulis oleh Abdul Muein Abadi
yang juga Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pramugari syarikat penerbangan tambang murah dari India, IndiGo dirakam menengking seorang penumpang ketika penerbangan selepas individu berkenaan dikatakan memarahi rakan sejawatnya hingga membuatkan wanita itu menangis.
Berdasarkan klip video yang tular di media sosial, pramugari tersebut didengari berkata, “Jangan menuding jari ke arah saya dan menengking saya. Kru saya menangis disebabkan anda.”
Pertengkaran itu dikatakan bermula apabila penumpang lelaki tersebut meminta sandwic. Dia kemudian diberitahu seorang pramugari akan memeriksa sekiranya terdapat menu seperti diminta sebelum mula menengking kru penerbangan tersebut.
“Cuba faham situasi kami. Terdapat troli (makanan) dan makanan yang sudah tersedia (di dalam pesawat). Kami hanya boleh menghidangkan apa yang ada (dalam pesawat),” kata pramugari tersebut.
Penumpang tersebut kemudian didengar berkata, “Mengapa anda menengking?”
“Kerana anda menengking kami. Saya minta maaf tetapi anda tidak boleh bercakap dengan kru begitu. Saya mendengar kata-kata anda dengan tenang dan dengan penuh hormat, jadi anda perlu menghormati kami juga,” jawab pramugari tersebut.
Penumpang berkenaan kemudian menengking pramugari tersebut dan mengarahkannya agar diam.
“Anda yang perlu diam. Maafkan saya tetapi anda tidak boleh bercakap begitu. Saya seorang kakitangan dan bukannya orang gaji anda,” kata pramugari tersebut.
Pertengkaran itu berakhir apabila pramugari berkenaan memakai pelitup muka dan berlalu dari tempat duduk penumpang terbabit.
Sementara itu, seorang jurucakap IndiGo berkata, isu tersebut berlaku dek kerana menu yang dipesan penumpang itu menerusi jaringan perkongsian kod.
“Kami menyedari insiden yang berlaku dalam penerbangan 6E 12 dari Istanbul ke New Delhi pada 16 Disember 2022. Kami sedang menyiasat insiden itu akan sentiasa memastikan bahawa keselesaan penumpang adalah keutamaan kami.” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ternyata tangan manusialah yang sering membawa kehancuran kepada bumi.
Lihat saja bagaimana pokok digondolkan, hutan dibakar, bumi dipenuhi sampah sarap, sungai dikotori, haiwan dicederai serta lain hal membuktikan manusia adalah “musuh” dalam senyap kepada alam dan juga binatang.
Terkini, dalam satu kejadian minggu lalu, tradisi pelik berusia 1000 tahun yang dilakukan oleh masyarakat di Kepulauan Faroe, Denmark yang disebut sebagai Grindadrap menyaksikan 300 ekor ikan paus dan ikan lumba-lumba dibunuh dan disembelih oleh masyarakat di sana.
Tradisi pelik Grindadrap ini dipercayai tradisi kuno yang masih diamal dan dipercayai oleh masyarakat di pulau tersebut.
Dianggap terlalu kejam kerana memburu dan membunuh mamalia laut itu, kritikan mengenai perbuatan tersebut mendapat perhatian dari Sea Shepherd namun ia masih diteruskan hingga kini,
Dalam satu perkongsian dari Sea Shepherd France, dapat dilihat sekitar 250 ekor ikan paus bersirip panjang dan hampir 50 ekor ikan lumba-lumba “ditarik” ke tepi pantai di Pantai Hvalba sebuah desa bahagian paling selatan di Pulau Suduroy sebelum puluhan penduduk memukul paus dan ikan lumba-lumba hingga mati.
Media tempatan melaporkan apa yang disebut Sea Shepherd sebagai “aksi biadap” terhadap perbuatan memukul haiwan-haiwan tersebut. Mereka juga menyeru agar masyarakat menghentikan tradisi itu. Dihuni hampir 50,000 orang di saat mencatat 188 kes positif COVID-19 dalam satu laporan media Perancis AFP, pesta tradisi itu dilakukan pada 15 Julai hingga laut kelihatan merah akibat darah ikan yang mati dibunuh ini.
Dikritik Tapi Masih Teruskan Atas Alasan Tradisi Nenek Moyang
Dalam pada itu, Menteri Perikanan Denmark, Jacob Vestergaard sebelum ini bersetuju pada 7 Julai lalu untuk orang ramai menghindari pemburuan ikan paus secara besar-besaran.
Walau mendapat kritikan hebat dari pelbagai sudut, namun pihak nelayan di kepulauan tersebut meminta agar tiada yang mensensasikan perbuatan mereka kerana ia adalah tradisi lama yang terus menjadi ikutan hingga kini untuk mereka. Foto : Kredit : Sea Shepherd France
Ermm, sedihnya dengan sikap rakus manusia hingga haiwan menjadi mangsa!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramaikan yang kenal Uncle Kuan ini. Walau berlainan bangsa tetapi beliau banyak membantu masyarakat malah amat “popular” di kalangan golongan tidak berkemampuan kerana banyak perkara baik dilakukannya. Misalannya memperkenalkan tambang teksi hanya 10 sen dan banyak lagi kebaikan dilakukannya kepada golongan susah kerana katanya KITA SEMUA ANAK MALAYSIA.
Malah baru-baru ini, kisahnya yang menyewakan van jenazah hanya pada harga RM1 juga mendapat perhatian. Bukan itu saja, kalau korang menjengah fb miliknya, atas nama Kuan Chee Heng, tentu korang dapat membaca pelbagai kisah perkongsiannya yang membantu golongan tidak berkemampuan termasuk menghantar peti ais baru yang disumbangkan oleh seorang individu yang tak mahu dikenali dan Uncle Kuan tolong menyampaikannya. Bukan itu saja, Uncle Kuan hari ini turut membawa satu ibu yang lumpuh dan ayah seorang nelayan untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya di UiTM. Mulianya hati Uncle inikan.
Memandangkan hari ini, Israk Mikraj, bersamaan 27 Rejab di mana ada beberapa peristiwa penting berlaku di mana Nabi Muhammad SAW yang diangkat ke langit bertemu Allah taala. Turut dicatatkan juga semasa peristiwa Israk (bermaksud dibawa berjalan) dengan menggunakan buraq, berlaku kejadian Malaikat Jibrail melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
Dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini juga, Baginda Nabi turut diperlihatkan keadaan syurga dan neraka, bertemu Rasul-rasul terdahulu dan apa yang paling penting solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (pada malam kejadian Israk Mikraj) ini.
Ternyata sebegitu besar peristiwa hari ini dan tidak terkecuali berlaku keajaiban seperti dikongsikan oleh Uncle Kuan ini dalam catatan FBnya. Apa keajaiban dilaluinya?
TUHAN YANG MAHA ESA, MAHA PENCATURAN SEGALA NYA…. kebetulan hari ini Israk Mikraj……….
Pagi pagi satu wanita Melayu yang saya tak pernah jumpa, tak kenal langsung. Masukkan RM2000 kepada akaun peribadi saya dan suruh saya gunakan dengan baik. Selang 15 minit saya terima satu call dari satu gadis Melayu merayu menghantar ayah saudara nya dari surau Hospital Kuala Lumpur ke Klau Pahang kerana tak mampu sewa Van Jenazah dengan harga RM1500.
Saya telah mengumpulkan pilot saya untuk pergi ke KL untuk urus jenazah. Saya tidak perlu pergi, tapi saya tergerak hati untuk ke sana kerana hati saya kurang senang dan mau ucap takziah dan maka saya pandu van tersebut ke surau tersebut.
Saya tiba di surau KL hanya ada 5 orang sedang menunggu saya. Satu ialah isteri arwah, anak saudara arwah, kawan arwah dan isteri kawan arwah dan seorang penjaga surau.
Isteri arwah dalam keadaan sungguh sedih. Saya masuk surau dan lihat jenazah arwah terkaku tiada berteman. Isteri arwah dalam keadaan panik kerana TIADA WANG LANGSUNG untuk menjelaskan kos mandi dan urusan jenazah berjumlah RM 850. Beliau sedang membuat beberapa panggilan talipon tetapi saya boleh sense jawapan yang di beri.
SAYA TERINGAT RM2000 TADI yang telah dimasukkan kedalam akaun saya dan saya mengeluarkan dompet dan KEBETULAN DOMPET PUN ADA WANG. Saya lantas jelaskan kos jenazah, berikan extra wang kepada isteri arwah untuk balik ke kampung di Klau, Pahang.
Saya imbas kembali, kesemua nya seperti SUDAH DI ATURKAN OLEH MAHA KUASA. Pagi pagi ada orang masuk wang kedalam akaun saya., tiba tiba pulak ada orang mohon bantuan jenazah, tiba tiba saya PULAK SIBUK PERGI MENZIARAH, tiba tiba saya lihat air mata bercucuran kerana kesukaran dalam membayar kos mandi jenazah, dan tiba tiba dompet saya pulak penuh dengan duit yang saya selalu tak bawa banyak macam tu….. SEMUA NYA TELAH DI CATURKAN …… dari awal pagi sehingga selesai segala nya…… Ya Tuhan … kau yang Maha Mengetahui segala nya dan mengaturkan segala nya……… Kebetulan atau percaturan…. hanya Mu yang tahu……
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...