Bukan Saja Hafaz Al-Quran, Ini Fakta Presiden Mesir Yang Mati Syahid Perlu Kita Tahu

Share

Innalillahiwainailaihirojiun.

Dunia Islam bersedih hari ini apabila dimaklumkan akan kematian  Presiden Mesir yang diguling, Dr Mohamed Morsi yang rebah sebelum meninggal dunia semasa perbicaraannya berlangsung.

Sebagai anak muda, ada sesuatu yang harus kita pelajari mengenai Dr Mohamed Morsi ini kerana pemergiannya amat ditangisi dunia Islam khasnya.

Siapa Dr Mohamed Morsi ini?

  • Mohamed Morsi Isa’ Al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah.
  • Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.
  • Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu.
  • Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.
  • Morsi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975.
  • Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978.
  • Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.
  • Selepas itu, Morsi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge.
  • Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.
  • Malah beliau amat memberi perhatian serius mengenai isu Palestin dan Al-Quds.

Baca perkongsian mengenai Presiden Mesir ini seperti yang ditulis oleh Abdul Muein Abadi
yang juga Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Published by
Almaswa Haji Che Ros