Dalam kehangatan kontinjen Malaysia memungut pingat emas dari semasa ke semasa, tumpuan tetap diberikan terhadap seorang atlet cantik yang dikatakan merupakan Top 10 finalis Miss Malaysia.
Gadis bernama Tanalaksiumy Mahenthiran Rayer ini berumur 22 tahun dan menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan. Remaja ini juga gemar menari, menyanyi , berlakon dan sangat enjoy dengan aksi stand-up comedies.
Tanalaksiumy atau lebih mesra dipanggil Tana menggambarkan sukan larian sebagai cinta pertamanya dan ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana gadis cantik ini sememangnya mewakili Malaysia dalam acara 4×400 meter pada Sukan Sea kali ini.
Tana yang juga antara 18 finalis dipilih bersaing untuk dimahkotakan sebagai Miss Malaysia 2017 berjaya meletakkannya dalam barisan lapan finalis teratas namun tersingkir dalam pemilihan empat finalis.
Namun begitu, keputusan ini sesekali tidak pernah mematahkan semangatnya untuk beraksi dalam acara pecut yang dijadualkan berlangsung bermula 22 Ogos (esok).
Gadis ini juga dikatakan pernah mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika melakukan larian jejak pada tahun lalu dan menyifatkan kecederaan yang dialaminya itu adalah kecil berbanding keretakan kaki yang pernah dilalui pada tahun sebelumnya.
“Ia bukanlah kecederaan kaki yang pertama kerana pada tahun lalu, kaki saya retak dan kini saya sudah pulih dengan baik,” kata Tana menurut laporan The Star.
Apa-apa pun kita ucapkan selamat maju jaya buat atlet cantik ini yang telah membuktikan bahawa bukan saja mempunyai rupa paras menawan, dia juga mampu mencipta kejayaan yang bakal mengharumkan nama negara satu hari nanti.Majulah sukan untuk negara.
Sumber: malaysiandigest.com