Bukan Saja Sakit & Catat 14 Kematian, Orang Asli Kuala Koh Turut Diancam Kebuluran

Share

Di saat ramai yang masih meraikan Syawal dengan penuh kegembiraan, ada isu yang perlu rakyat Malaysia cakna. Ya, kitakan terkenal sebagai rakyat yang selalu prihatin dan sering menghulurkan bantuan untuk sesiapa yang ditimpa musibah dan kesusahan.

Kalau korang perasan, dalam sehari dua ini akhbar ada melaporkan masalah yang dihadapi oleh penduduk orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Kuala Koh, Gua Musang yang mana dikatakan sudah  14 kematian dicatatkan akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Terkini 33 orang suku kaum Bateq d sedang dirawat di hospital akibat masalah yang sama sementara bantuan dari luar mula memasuki kawasan terbabit untuk membawa keluar penduduk yang alami masalah kesihatan yang sama.

Semakin ramai penduduk orang asli kaum Bateq mendapatkan rawatan di hospital di mana 14 kematian sudah dicatatkan
Masyarakat orang asli menunjukkan tanda “bad” bila mana sumber air yang diminum mereka didakwa tercemar dengan pelbagai logam berat
Air sungai menjadi keruh akibat penebangan balak selain perlombongan bijih besi di hutan terbabit

Dikatakan penyakit tibi dan jangkitan kuman di paru-paru yang berlaku di kalangan orang asli ini bermula bila mana sumber utama air yang diminum oleh mereka didakwa tercemar dengan bahan-bahan logam berbahaya akibat perlombongan bijih besi dan pembalakan di kawasan terbabit.

Difahamkan, pelombongan bijih besi masih dijalankan di kawasan terbabit biarpun lesen operasi sudah tamat tempoh –WHAT? dan pembalakan masih diteruskan (diberi kebenaran oleh pihak kerajaan negeri) biar timbul bantahan dari pelbagai pihak.

Sahabat Jariah antara yang paling cepat menghulurkan bantuan dan mengkisahkan derita masyarakat orang asli Kuala Koh
Beginilah situasi terkini masyarakat suku kaum Bateq yang terpaksa berpindah apabila kawasan penempatan mereka tercemar akibat kerakusan tangan-tangan manusia

Terkini, dari fb SAHABAT JARIAH memaklumkan bahawa penduduk Kampung Kuala Koh memerlukan bantuan makanan kerana ramai orang asli diancam kebuluran dan tidak dapat keluar bekerja kerana sakit.

Bacalah sebagaimana diluahkan oleh saudara Johan Halid mengenai situasi terkini di Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.

Bagi REMAJA, apa saja pun perbezaan politik, laba yang diperoleh dan sebagainya, apa yang pastinya, di saat kita membantu orang di dalam kesusahan, hanya Allah taala yang mampu membalasnya.

MALAPETAKA SUDAH TIBA (5)

Kg. Kuala Koh
Gua Musang
Kelantan

Ahad
09 Jun 2019
05 Syawal 1440H

Satu lagi kematian dicatat hari ini. Malang sungguh nasib yang menimpa penduduk Kuala Koh.

Ramai VVIPs berpusu-pusu masuk ke Kuala Koh sejak pagi tadi. Apa yang mereka cari? Mahu menjadi hero penyelamat? Atau sekadar mahu glamor sambil bergambar dengan orang asli. Tidak kurang juga ada orang-orang politik yang cuba menangguk di air keroh yang memang sudah tercemar di Kuala Koh itu. Konon mencari fakta tetapi nampak macam mencari peluru supaya dapat menembak musuh dengan lebih kuat.

Mereka tahu siapa yang mati? Mereka mahu ambil tahu berapa banyak keluarga yang tinggal sekitar Kuala Koh? Mereka ada senarai nama Ketua Isi Keluarga masyarakat Bateq di situ? Pelik tak jika agensi2 kerajaan yang berkaitan pun tiada data-data tersebut.

Kanak-kanak ini mungkin belum memahami tetapi mereka juga insan. Kerasukan dan ketamakan mungkin boleh membawa akibat lebih besar dalam kehidupan orang lain
Jika anak-anak kita mendapat tempat tinggal yang lebih selesa, bayangkan bagaimana nasib mereka jika tempat tinggal mereka terus dicerobohi

Hello YB, Tan Sri, Dato’, Tuan Haji, Encik…
Orang Kuala Koh sedang kebulur, lapar nasi dan lauk. Jika masih dalam kelaparan, mana mungkin penyakit boleh sembuh. Nak periksa air ke nak cari kubur orang mati ke atau nak gaduh politik ke… teruskanlah. Tapi bagi orang Kuala Koh makan dulu, isikan perut mereka supaya cepat sembuh.

Kita biarkan agensi2 berkaitan jalankan tugas mereka, mari kita bantu orang Kuala Koh makan. Kami akan ke Kuala Koh dengan bantuan bekalan makanan dan ubat-ubatan ringan pada 12 Jun 2019. Ayuh rakyat Malaysia bantu kami isikan perut anak-anak, wanita dan orang Bateq Kuala Koh.

Jika anda sudi, hulurkanlah bantuan melalui akaun di bawah, atau hantarkan barangan ke:
1. Masjid Kota Damansara
2. Petron Chiku 3

RHB Bank
11205901349464
Johan Halid
#sahabatjariah

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros