Di pasar malam, ada dijual kulit ayam yang sudah disalut tepung berperisa. Rasanya yang garing dan sedap membuatkan sebahagian penggemarnya membeli untuk dimakan begitu saja.

Namun ada juga spektikal mengatakan kulit ayam mampu menambahkan kolesterol dalam badan. Kulit ayam dikatakan mengandungi lemak yang tinggi, boleh membuatkan berat badan naik serta lain lagi masalah. Ada yang memilih untuk membuangnya kerana mahukan makanan sihat namun ada sebahagian pula menggoreng kulit ayam bersama isi ayam kerana rasanya yang sedap.

Untuk perkongsian, ada fakta yang betul tentang keburukan makan kulit ayam tapi tahukah kulit ayam juga ada manfaatnya.

Menurut data yang disiarkan oleh The National Nutrien Database USDA, dalam 100 gm kulit ayam, mengandungi sekitar 9 gm lemak. Di mana hanya 30 peratus darinya merupakan lemak tepu dan bakinya merupakan lemak tak tepu.

Ads

Dalam 100 gm kulit ayam juga mengandungi sekitar 109 miligram kolesterol. Sebagai perbandingan, 113 gram bahagian dada ayam tanpa kulit, hanya mengandungi sekitar 3 gram lemak di mana kandungan lemak tepu hanya mencapai 0.4 peratus dari keseluruhan kalori.

Manfaat kulit ayam

Sebahagian besar lemak dalam kulit ayam merupakan lemak tak tepu yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan tekanan darah. Kulit ayam juga mengandungi omega 9 atau asid oleic yang membantu mengurangkan risiko penyakit strok dan kardiovaskular. Nutrisi ini juga membantu penyerapan vitamin dan menstabilkan hati.

Hah, banyak juga manfaat kulit ayamkan!

Ads

ARTIKEL BERKAITAN, BACA SINI
6 Khasiat Buah Oren Untuk Kesihatan, Kalau Nak Cantik Jom Try
5 Khasiat Teh Hijau Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Kesan sampingan kena tahu

Hokay, memandangkan kulit ayam ada banyak manfaatnya, korang kena tahu jugalah apa sisi tak elok kulit ayam terutama jika dimakan secara berlebihan.

Ads

Kulit ayam memang elok kalau dimakan bukan dalam kadar berlebihan. Jika dimakan berlebihan, risiko yang perlu ditanggung ialah ia meningkatkan kolesterol dan risiko serangan penyakit jantung.

Makan berlebihan juga akan membawa kepada masalah kencing manis type 2, rheumatoid arthritis, asma dan kanser. Ia juga boleh memberi risiko kepada peningkatan kalori dan lemak tepu. Malah dengan lebihan kalori dan lemak berlebihan, boleh meningkatkan risiko obesity yang membawa kepada pelbagai penyakit kronik lain.

Untuk mencegah kesan sampingan tersebut, pakar kesihatan dari The American Heart Assocition menyarankan agar pengambilan lemak tepu adalah sekitar 13 gm setiap hari.

Dengan erti kata lain, kulit ayam sebenarnya tidak berbahaya asalkan makan secara berwaspada. Bukan saja kulit ayam, tapi kalau makan apa pun dalam kuantiti berlebihan, memang korang cari penyakit laa.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI