Sejak kebelakangan ini, acap kali isu kesihatan mental dibincangkan warganet di media sosial. Ada yang memerlukan rawatan pakar, tetapi ada juga yang dianggap ‘sakit’ dek kerana pengambilan dadah berbahaya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Mental” -Fatiya Latiff Nafi Hidap Penyakit Mental
Melalui satu hantaran di aplikasi X, pelakon Izara Aishah berpendapat gangguan mental hanya dianggap sah jika seseorang itu tidak sedang dipengaruhi oleh dadah jenis ‘ice’ (crystal methamphetamine).
Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian ramai dengan lebih dari 6,000 retweet dan 9,000 tanda suka. Isu ini menjadi perbincangan orang ramai apabila beberapa netizen mempunyai pandangan yang berbeza.
Netizen yang dikenali sebagai Nurul Izzah menyatakan bahawa dadah mungkin dianggap sebagai penyelesaian paling mudah bagi pesakit mental yang kurang sokongan.
Namun, pelakon ini menekankan pengambilan dadah jenis ‘ice’ (crystal methamphetamine) akan memberikan kesan yang lebih teruk.
Kata Izara, berikutan tweet tersebut, beberapa netizen telah memanggilnya bodoh kerana menyatakan bahawa ketagihan dadah merupakan salah satu bentuk gangguan mental.
Tanpa mahu berbalah, menantu kepada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini menegaskan bahawa seseorang tidak dapat dianggap sakit mental jika sedang dipengaruhi oleh dadah.
Jadi apa pendapat korang? ‘Valid’ atau tidak untuk melabel ketagihan dadah sebagai satu bentuk penyakit mental?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: Instagram Izara Aishah