Kemusykilan rakyat Malaysia tentang kenaikan drastik jumlah kes harian baharu COVID-19 kebelakangan ini akhirnya terjawab juga oleh wakil Kementerian Kesihatan Malaysia.
Saban hari, jumlah kes baharu terus meningkat hingga mencecah angka 20,000 semalam. Semua ini berlaku WALAUPUN perlaksaan sekatan merentas daerah dan negeri serta perintah duduk di rumah sudah dilaksanakan lebih dua bulan lamanya.
Siapa je yang tidak musykil, kan?
Sebelum ini, ramai menunding jari terhadap sebilangan masyarakat tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan cuti Hari Raya Aidiladha untuk merentas negeri dan pulang ke kampung halaman sebagai punca kenaikan kes.
Akan tetapi, itu nampaknya bukanlah punca utama peningkatan kes!
Komen Pengarah Kesihatan Negeri Selangor iaitu Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, tiada kluster membabitkan sambutan Aidiladha yang dikesan di Selangor. Rakyat dilaporkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa cuti perayaan itu, Julai lalu.
Dalam sidang khas COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau berkata trend peningkatan kes di Selangor hingga 8,792 kes baharu pada 6 Ogos 2021 (semalam) berlaku sebelum perayaan Aidiladha lagi.
“Trend ini selaras dengan peningkatan jumlah saringan yang dijalankan di Selangor bermula minggu ke-25 sehingga kini.”
Peningkatan saringan di Selangor ini berlaku setelah rakyat di sanamulai sedar kepentingan melakukan ujian saringan COVID-19 termasuklah di fasiliti swasta. 85 peratus ujian saringan harian di Selangor adalah daripada fasiliti swasta, dan hanya 15 peratus daripada fasiliti kerajaan. Ini menunjukkan rakyat Selangor tidak kisah berbelanja asalkan tahu nasib diri mereka.
Tambah Dr Sha’ari, berdasarkan data kluster aktif pada Julai, kluster perkilangan adalah penyumbang terbesar kes di Selangor dengan 96 kluster atau kira-kira 54 peratus daripada jumlah kes harian COVID-19 Selangor.
Ads
Ini diikuti oleh 22 kluster perkhidmatan (12 peratus), 18 kluster tapak bina (10 peratus) dan sembilan kluster komuniti (lima peratus).
Kluster perkilangan ini menurut beliau mungkin dijangkiti para pekerja setelah pulang dari kilang dan tidak mengikut SOP.
“Mungkin di kilang (mereka) patuh SOP. Tapi apabila balik (ke rumah) mereka tidak patuh. Pergi semula ke kilang, (kewujudan kluster baharu) yang berlaku. Sebab itu, saya minta sangat sektor industri ini patuh kepada SOP walau di mana mereka berada,” katanya.
Ini memandangkan sektor perkilangan saja yang dibuka secara konsisten di Selangor walaupun jumlah kes baharu adalah tinggi. Lalu, langkah berjaga-jaga dalam kalangan pekerja kilang perlu sentiasa dititikberatkan.
Ketua Polis Daerah Gombak iaitu Assistant Commissioner Arifai Tarawe memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan oleh pegawai keselamatan sebuah sekolah menengah di Rawang yang disyakai telah diceroboh masuk.
Pengawal keselamatan tersebut menemui pagar jeriji dan pintu koperasi sekolah terbuka ketika melakukan rondaan sekitar jam 12 tengah malam, Isnin lalu.
Lalu apabila menerima maklumat tersebut, sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Kundang telah melakukan serbuan dan akhirnya Berjaya menahan 3 orang pelajar sekolah berusia antara 14 hingga 16 tahun di sekitar Rawang, awal pagi tadi.
Mereka disyaki memecah masuk ke koperasi dan mencuri wang tunai sebanyak RM3,000.
Kesemua suspek direman selama 4 hari sehingga 28 Mac kelak untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.
*
Kerajaan perintah orang awam untuk duduk di rumah, dia pergi mencuri pula. Cubalah buat benda yang berfaedah sedikit, seperti rider makanan ini.
Lagenda bola sepak, Diego Maradona telah menghembuskan nafas terakhir kurang sebulan sejak menyambut ulang tahun kelahiran ke-60. Bekas pemain pasukan Argentina itu dilaporkan mengalami serangan jantung.
Baru-baru ini, mendiang telah menjalani satu pembedahan untuk pembentukan darah beku di bahagian otak. Dalam pada itu, Presiden Argentina, Alberto Fernandez telah mengumumkan penghormatan berkabung buat Maradona selama tiga hari berturut-turut di seluruh negara itu.
Pemain bola sepak terkenal dunia turut tidak terkecuali daripada melayangkan ucapan terakhir dan penghormatan mereka kepada lagenda tersebut di media sosial.
Lionel Messi
Dalam ramai-ramai pemain bola sepak, tentunya pemain terkenal pasukan Argentina Lionel Messi ialah insan yang paling terkesan dengan berita pemergian ini. Masakan tidak, beliau mengingatkan semula zaman kegemilangan Maradona semasa era 80-an apabila menjadi salah seorang pemain paling disegani pada masa ini.
Catat Messi, ‘Ini adalah hari menyedihkan untuk kesemua rakyat Argentina dan untuk bola sepak. Belau meninggalkan dunia tetapi pada masa, juga tidak meninggalkan kita kerana jiwa Diego kekal hidup. Saya simpan semua momen indah bersamanya dan saya ingin mengambil peluang menzahirkan ucapan takziah kepada kesemua ahli keluarga dan rakannya. RIP.”
Christiano Ronaldo
Ronaldo merupakan salah seorang bintang bola sepak terawal yang memuat naik ucapan penghormatan buat Maradona di laman sosial.
“Hari ini saya mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat dan dunia mengucapkan selamat tinggal kepada seorang genius. Salah seorang yang terbaik, seorang ‘ahli magis’ yang tiada bandingan. Beliau meninggalkan kita dengan terlalu awal tetapi meninggalkan legasi dan kekosongan yang tidak boleh diisi selamanya. RIP. Kamu tidak akan sesekali dilupakan.”
Jose Maurinho
“Don Diego, damn dude I miss you.”
Jurgen Klopp
“Saya berusia 53 tahun. Saya merasakan beliau telah memainkan peranan sepanjang hidup saya ini.
“Semasa saya berusia 9 atau 10 tahun, saya menontonnya untuk kali pertama, dia baru berusia 16 atau 17 tahun. Saya terus menontonnya menerusi dokumentari baru-baru ini. Diego ialah seorang lelaki yang sensasi. Beliau juga lelaki yang telah berdepan cabaran. Saya akan merindui kedua-dua (versi Diego Maradona).”
Sergio Aguero
Bekas menantu Diego Maradona ini turut meluahkan rasa sedihnya. “Kami tidak akan melupakan kamu. Kamy akan selalu bersama kami, #GraciasDiego RIP.”
Aguero pernah bergelar suami kepada anak perempuan bongsu Maradona, iaitu Gianinna Maradona dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Benjamin berusia 11 tahun. Mereka berpisah pada tahun 2012.
Pele
It takes one legend to know another legend very well.
Lagenda Brazil, Pele menulis, “Berita yang mendukacitakan. Saya kehilangan seorang sahabat yang hebat dan dunia kehilangan seorang lagenda. Banyak yang ingin saya perkatakan tetapi buat masa ini, semoga Tuhan memberikan kekuatan kepada ahli keluarga beliau. Satu hari nanti, saya berharap kita boleh bermain bola sepak bersama-sama di atas sana.”
Rio Ferdinand
Bekas pemain Manchester Uniterd ini memuat naik gambarnya bersama Maradona sambil berkata, “Hero bola sepak pertama saya. Hanya segelintir saja insan yang pernah memberi impak kepada saya seperti lelaki ini. Yang terhebat, yang terbaik, seorang yang berkarisma, seorang pemimpin, seorang juara!
“(Beliau adalah) salah satu sebab saya mula bermain bola sepak, pretending to be Diego. RIP Diego Armando Maradona.”
David Beckham
“Hari yang menyedihkan untuk Argentina dan hari yang menyedihkan untuk bola sepak apabila kita meraikan betapa hebatnya lelaki ini. Seseorang yang bermain dengan jiwa, semangat dan seorang genius. Saya sungguh teruja bila dapat bertemu dengan beliau dan kita pasti akan merindunya. RIP.”
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun tidak begitu popular seperti sukan bola sepak, namun sukan ini mempunyai peminatnya sendiri terutamanya dikalangan remaja. Kemunculan acara papan selaju dalam Olimpik tahun ini sebagai salah satu usaha menarik golongan muda menonton Olimpik dan para pemain berharap orang ramai boleh menerima sukan tersebut dalam temasya itu.
Tentu ramai yang bertanya-tanya kenapa sukan papan selaju terpilih dan bukan sukan-sukan yang lain misalnya skuasy dan boling?
Mereka yang mempertikainya mungkin tidak menyedari bahawa sukan papan selaju juga turut melibatkan kecergasan, mental dan pemulihan. Keperluan bermain papan selaju dari segi kelincahan dan kekuatan, tidak sama seperti bola sepak mahupun skuasy dan tenis.
Jadi mari kita kenal 6 ikon paling power dalam sejarah papan selaju ini.
1. Rodney Mullen
Foto Kredit : wealthypersons.com
Digelar ‘godfather’ papan selaju jalanan, Rodney Mullen dianggap salah satu pemain papan selaju terbaik dan paling berpengaruh dalam sejarah.
Dilahirkan John Rodney Mullen pada tahun 1966 di Florida, dia mula bermain papan selaju pada tahun 1974 pada usia 8 tahun dan mula bertanding tiga tahun kemudian. Dia memenangi kejuaraan papan selaju dunia pertamanya pada usia 14 tahun. Mullen mula menjadi profesional pada tahun 1980.
Menjadi antara yang terbaik dalam dunia, gaya papan selajunya yang penuh santai, menjadikan aksi luar biasa yang dilakukannya kelihatan mudah dan sederhana. Mullen sering tersenyum dan ketawa sambil mengeluarkan aksi demi aksi. Dia mempunyai gaya yang kreatif, inventif, yakin dan mudah ketika bermain dalam pertandingan.
Rodney Mullen adalah pencetus revolusi skateboard dengan aksi yang dia sendiri ciptakan, terutamanya Flat-Ground Ollie, Heelflip, Kicklip, dan 360 Flip.
2. Tony Hawk
Foto Kredit : longboardbrand.com
Siapa tak kenal dengan Tony Hawk? Berasal dari San Diego, California. Bayangkan, pada usianya baru sahaja mencecah umur 25 tahun, dia sudahpun menyertai sebanyak 103 pertandingan skateboarding bertaraf profesional dan memenangi 73 daripadanya serta meraih tempat kedua sebanyak 19 kali. Satu rekod yang sukar untuk ditandingi skater lain. Malah, Tony menjadi satu-satunya skater dunia yang mempertahankan gelaran Juara Dunia untuk 12 tahun berturut-turut. Hebat!
Memiliki pengalaman luas dalam dunia skateboarding dan memenangi pelbagai anugerah antaranya Make-A-Wish’s Favorite Male Athlete, Teen Choice Awards’ Choice Male Athlete dan Nickelodeon’s Kid’s Choice Awards’ Favorite Male Athlete, Tony hari ini terlibat dalam dunia perniagaan bernilai bilion dolar berasaskan sukan skateboard yang dicintainya.
Antaranya adalah franchais permainan video serta produk-produk sukan dengan jenama namanya sendiri seperti Birdhouse Skateboards, Hawk Clothing dan Tony Hawk Signature Series.
3. Daewon Song
Foto Kredit : Hypebeast.com
Daewon David Song (lahir pada 19 Februari 1975) adalah pemain papan selaju profesional Amerika kelahiran Korea, yang dikenali dengan kemahiran bermain papan selaju jalanan secara teknikal.
Dia adalah salah satu pemilik syarikat Almost Skateboards, bersama dengan Rodney Mullen, dan juga pemain papan selaju rasmi untuk syarikat itu bersama pemain-pemain lain yang ditaja. Song dinobatkan sebagai “Skater of the Year” pada tahun 2006 oleh majalah Thrasher, sebuah pengiktirafan yang secara meluas dianggap sebagai salah satu penghormatan paling penting dalam dunia papan selaju.
Kreativiti sahaja tidak cukup menggambarkan aksi papan selaju Daewon. Apabila anda menonton sebarang klip, atau video berkaitan Daewon, dapat dilihat Daewon bermain papan selaju dengan gaya yang berbeza dari yang lain. Kemahiran teknikal Daewon tak dinafikan tiada tandingannya dalam melakukan flip trick, grind, spin, dan late flip. Daewon pastinya merupakan antara pemain skateboard paling menarik untuk ditonton.
4. Yuto Horigome
Foto Kredit : (Photo by Martin BERNETTI / AFP) (Photo by MARTIN BERNETTI/AFP via Getty Images)
Yuto Horigome adalah pemain papan selaju profesional Jepun dan kini berada di kedudukan ke-2 dalam carta Pemain Papan Selaju Terbaik Dunia mengikuti Nyjah Huston. Tambahan lagi, Yuto dinamakan “Skater of the Year” pada 2017 dan 2018 di Japan Action Sports Awards.
Yuto Horigome terbaru turut memenangi pingat emas pertama untuk sukan Olimpik Jepun 2020 dan menewaskan atlet kegemaran ramai dari Amerika Syarikat, Nyjah Huston.
Yuto Horigome dilahirkan pada 7 Jan 1999, di Kōtō, Tokyo, Jepun. Dia dibesarkan bersama dua orang adiknya oleh ibu bapanya. Bapa Yuto mengajarnya bermain papan selaju sejak usia muda dan meningkatkan kemahiran meluncurnya di Amazing Square Murasaki Skatepark di Tokyo.
Sebuah syarikat papan selaju Jepun telah menaja Yuto Horigome sejak usia muda lagi. Sebagai seorang yang berbakat dalam sukan ini, Yuto Horigome mula memasuki pertandingan papan selaju seperti The Berrics dan Wild In The Parks, yang dianjurkan oleh Volcom, di mana dia menduduki tempat kedua. Anak kelahiran Jepun ini kemudian direkrut oleh Blind Skateboards pada tahun 2015. Selama bertahun-tahun, dia terus memenangi lebih banyak pertandingan papan selaju yang lain.
5. Paul Rodriguez
Foto Kredit : US.Hola.com
Paul Martin Rodriguez Jr, juga dikenali dengan nama panggilannya P-Rod, adalah pemain papan selaju jalanan profesional campuran Mexico-Amerika. Rodriguez telah memenangi sebanyak lapan pingat di X Games, empat daripadanya emas, dengan kemenangan di tempat pertama terakhir di Los Angeles, Amerika Syarikat pada bulan Julai 2012.
Lahir pada 31 Disember 1984. diusia enam belas tahun, Rodriguez kemudian di bawah naungan City Stars, sebuah syarikat yang diasaskan bersama oleh pemain papan selaju profesional, Kareem Campbell di Los Angeles, A.S. Rodriguez dipaparkan dalam video Transworld Skateboarding pada tahun 2002, bertajuk In Bloom. Video ini memaparkan segmen para pemain papan selaju berbakat yang ditaja yang berada di awal kerjaya masing-masing. Setelah pelancaran video tersebut, Rodriguez mula ditaja oleh Girl Skateboards dan mencapai status profesional pada bulan September 2002.
Menariknya lagi, Rodriguez merupakan salah satu pemain skateboard terawal yang didekati oleh Nike. Selepas pelancaran Nike SB P-ROD 8, Nike menyatakan Rodriguez adalah salah satu dari empat atlet Nike yang telah menghasilkan lapan model kasut khas selain Michael Jordan, Kobe Bryant dan LeBron James.
6. Nyjah Huston
Foto Kredit : www.teamusa.org/news/2021/
Membesar dalam keluarga Rastafari, Nyjah Huston bermain papan selaju dengan adik-beradiknya seawal usia empat tahun. Ini adalah aktiviti yang dipilih oleh bapanya yang juga bermain papan selaju ketika remaja. Pada tahun 2004, keluarga Huston membeli taman papan selaju di kampung halaman mereka di Davis, California, di mana Nyjah menghabiskan setiap hari meniru abang-abangnya dan menjadi prolifik dalam minat barunya.
Pada usia 11 tahun sahaja, dia bermain di X Games, yang ditaja oleh Element Skateboards dan mula menyara keluarganya. Secara ringkas, Nyjah menjadi juara keseluruhan SLS selama 5 musim dan beberapa penamat tempat pertama, 12 pingat X-Games, 5 pingat dalam Kejuaraan Papan Selaju Dunia, pemenang 5 Tampa Pro, dan beberapa kali menyertai Dew Tour, dan semua yang disebutkan hanyalah sebahagian dari kejayaannya. Sebagai tambahan, Nyjah adalah pemain papan selaju dengan bayaran tertinggi di dunia.
Pemain skateboard yang dinobatkan sebagai nombor satu di dunia ini juga menyertai Olimpik 2020 Jepun.
7. Pa’din Musa
Foto Kredit : Pinterest
Nama Pa’din sememangnya tidak perlu lagi diperkenalkan terutama buat pengikut skateboarding Malaysia dan juga di Asia. Sudah beberapa generasi cukup masak dengan nama Pa’din tidak kiralah sama ada daripada pengikut tegar sukan ekstrem ini atau juga penggemar aktiviti underground sama ada muzik atau gaya hidup.
Pa’din Musa, pemenang dua pengat emas X-Games Asia merupakan figura skateboarding yang cukup penting bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Asia. Kejayaannya membawa nama negara telah memberikan impak yang cukup besar dalam dunia skateboarding tanah air. Dengan pengalaman selama 28 tahun, tidak hairanlah Pa’din mempunyai reputasi cukup besar.
Ketika ini atlet wanita Jepun menguasai sukan papan selaju (skateboard) yang mana pingat emas pertama diperoleh atlet berusia 13 tahun, Momiji Nishiya sekali gus dinobat pemenang termuda dalam sukan tersebut di Olimpik 2020.
Sebelum ini, Netflix juga ada menayangkan kisah inspirasi remaja perempuan dan papan selaju dengan tajuk ‘Skater Girl’ . Filem yang berjaya menghidupkan impian kanak-kanak yang hidup miskin di sebuah kampung di India.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti yang kita ketahui, Ramadan adalah bulan penuh keberkatan di mana umat Islam berlumba-lumba meningkatkan amalan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.Dengan semangat...