Tular Sabtu lalu mengenai isu tayangan filem The Batman di pawagam Tanjung Golden Village (TGV) Vivacity yang terpaksa dimulakan semula selepas 45 minit filem ditayangkan.
Seorang pengunjung pawagam mendakwa isu tersebut timbul disebabkan golongan VIP yang kononnya tiba lewat di pawagam lalu menggesa filem itu ditayangkan semula dari awal. Katanya, petugas pawagam sendiri melaporkan perkara tersebut dan ia telah mencetuskan rasa tidak puas hati kerana ketidakadilan layanan yang diberikan.
Justeru, Isnin lalu pihak TGV Cinemas (TGV) telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memohon maaf atas kesulitan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : Tayangan The Batman Dimulakan Semula Selepas 45 Minit, TGV Mohon Maaf – REMAJA
Bagaimanapun, apabila siasatan lanjut dilakukan oleh TGV, isu itu berlaku disebabkan kesilapan teknikal dan bukannya kerana kelewatan VIP.
Menerusi akaun media sosialnya, TGV memutuskan untuk memulakan semula tayangan filem The Batman jam 7.15 malam kerana 80 peratus pengunjung yang telah membeli tiket tayangan secara tidak sengaja dibiarkan menunggu di luar dewan oleh petugas TGV.
Petugas TGV tersalah faham bahawa pawagam itu masih mengalami isu teknikal seperti yang berlaku di dewan IMAX-nya pada petang Sabtu.
Oleh itu, dia telah menangguhkan kemasukan 80 peratus pengunjung sedangkan 20 peratus pengunjung lain telahpun memasuki dewan pawagam dan mula menonton filem The Batman.
Begitupun, TGV masih memahami mengapa pengunjung lain merasakan tidak puas kerana terpaksa menonton semula 45 minit terawal filem itu.
TGV tidak keberatana untuk menawarkan pembayaran semula harga tiket di samping memberikan dua tiket percuma kepada pengunjung terlibat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.