Respon negatif peminat ke atas kemenangan wakil Kuala Lumpur, Lesley Cheam semalam sebagai Miss Universe Malaysia 2022 seakan dapat dihidu oleh Pengarah Kebangsaan organisasi tersebut, Elaine Daly.

Elaine, 46 yang ditemui sewaktu sidang media sebaik sahaja Lesley dimahkotakan akur sekiranya ramai menghentam kemenangan pada malam tadi.

“Saya tahu jika saya buka Instagram saya sekarang, akan ada banyak komen. Akan ada yang mempersoalkan mengapa saya memilih peserta itu, peserta ini. Bukan saya yang membuat pemilihan tetapi ia bergantung kepada juri kami.

“Saya dapat DM’s daripada warganet setiap hari mengenai pertandingan ini dan kami sentiasa sebaik mungkin cuba berkembang secara positif. Kami juga cuba ‘upgrade’ dan lakukan yang terbaik buat semua orang di sini.

“Malaysia mempunyai juara yang bagus (Lesley Cheam) dan dua lagi pemenang yang bagus (naib juara, Ajunee Kaur dan pemenang tempat ketiga, Tee Wan Ying).

“Saya tahu warganet selalu tidak gembira.. kita ada (respon) positif dan negatif. Tapi pucuk pangkalnya, kami di MUMO lakukan sehabis baik. Itu saja yang boleh saya komen,” ulasnya.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN : Graduan Farmaseutikal & Sains Kesihatan, Lesley Cheam Dinobat Miss Universe Malaysia 2022 – REMAJA

Sebelum bergelar selebriti dan Pengarah Kebangsaan selama lapan tahun di organisasi Miss Universe Malaysia, Elaine juga pernah merangkul gelaran Miss Universe Malaysia 2003. Beliau mengimbas bagaimana peluang menjadi wakil negara dahulu telah membantunya menemui jalan karier dan berharap juara-juara di bawah kendalian juga akan berjaya pada haluan masing-masing.

“Secara peribadi, sebab utama saya lakukan ini (sebagai Pengarah Kebangsaan) adalah untuk mengubah kehidupan para peserta yang menyertainya tidak kiralah betapa besar atau kecilnya perubahan itu.

“Saya tidak perlu menjadi National Director Miss Universe Malaysia. Saya tahu ramai sedang mempersoalkan para pemenang malam ini. Segalanya berbalik semula kepada juri dan pemilihan ratu mereka.”

Ads
“Bukan Saya Yang Pilih, Saya Hanyalah National Director Miss Universe Malaysia” – Elaine Daly
Elaine Daly ketika ditemui dengan juara terbaru Miss Universe Malaysia, Lesley Cheam.

Kecaman Warganet Tidak Berkesudahan

Sedari semalam lagi selepas keputusan pemenang diumumkan, warganet dan pencinta dunia ratu cantik Malaysia telah melakukan ‘serangan siber’ ke atas organisasi, juaranya dan Elaine Daly sendiri selaku Pengarah Kebangsaan.

Dalam nada tenang, Elaine menyatakan bahawa keputusan yang terhasil bukanlah daripada dirinya sendiri.

“Saya bukanlah bos Miss Universe Malaysia. Saya juga bukanlah pemegang francais Miss Universe Malaysia Organization. Saya hanyalah seorang National Director.

Ads

“Tugas saya di sini adalah untuk membawa nama baik jenama ini dan pastikan kesemua peserta gembira dengan pengalaman ini serta menggunakannya untuk lebih maju ke hadapan,” katanya.

“Bukan Saya Yang Pilih, Saya Hanyalah National Director Miss Universe Malaysia” – Elaine Daly
(Dari Kiri) : Elaine Daily, Ajunee Kaur, Lesley Cheam dan Tee Wan Ying.

Bercakap lebih lanjut mengenai persediaan organisasi buat Lesley Cheam sebelum bertanding di New Orleans, Amerika Syarikat pada Januari 2023, Elaine mendedahkan segala persiapan telahpun siap dilakukan khas untuk wakil Malaysia di Miss Universe 2022.

“Semuanya dah siap sebenarnya. Tapi tentunya kita masih akan bekerja rapat dengan Lesley untuk persediaan Q&A, catwalk dan perkara lain yang dia perlukan sebelum ke peringkat antarabangsa,” simpulnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI