Bukan Sekadar Cantik, 5 Fakta Calon Ratu Jordan Yang Merupakan Anak…

Share

Baru-baru ini tular di media sosial apabila Putera Mahkota Jordan, Hussein telah menemui jodohnya dan mengikat tali pertunangan.

Lelaki berusia 28 tahun itu bakal berkahwin dengan seorang wanita bernama Rajwa Khaled bin Musaed bin Saif bin Abdulaziz Al Saif. Bakal mendirikan perkahwinan bersama dengan anak pertama Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania, bakal permaisuri Jordon ini bukan orang sembarangan.

ARTIKEL BERKAITAN : Melebihi Harta Messi dan Cristiano Ronaldo, Faiq Bolkiah Pemain Bola Terkaya Di Dunia!

  1. Anak kesayangan ahli perniagaan yang kaya-raya!

Untuk info kamu, Rajwa merupakan anak perempuan Khalid bin Musaed bin Saif bin Abdulaziz Al-Saif dan isterinya, Azza binti Nayef Abdulaziz Ahmed Al Sudairi
Berdasarkan sumber, bapanya adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Al Saif, sebuah syarikat milik persendirian yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan, pembinaan dan keselamatan.

Anak bongsu daripada empat beradik, ini dilahirkan pada 28 April 1994, dan dibesarkan di Arab Saudi.

2. Wanita Yang Bijak

Selepas menghadiri sekolah menengah di Arab Saudi, dia berpindah ke New York dan meneruskan pengajian di Kolej Seni Bina Universiti Syracuse. Rajwa juga adalah pemegang ijazah jawatan profesional dalam komunikasi visual daripada Institut Reka Bentuk dan Barangan Fesyen di Los Angeles.
Sebelum ini Rajwa bekerja di firma seni bina di LA sebelum mendapat pekerjaan semasa di studio reka bentuk Designlab Experience di Riyadh.

3. Hubungan Direstui Ratu Rania 

“Teruja untuk mengalu-alukan anak perempuan ketiga saya, bakal pengantin Al Hussein, Rajwa, kepada keluarga! Kami sangat gembira untuk anda berdua,” tulis Ratu Rania.

 

Dalam gambar yang dimuat naik oleh Ratu Rania, Rajwa mengenakan pakaian berjenama dan meminja, sepasang anting-anting emas putih dan berlian kuning milik Ratu Rania.

Dipetik daripada Vogue, Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman juga mendoakan pasangan itu “hidup yang berjaya dan bahagia”.

Sekali lagi tahniah Putera Mahkota Hussein dan Rajwa!

4.  Majlis pertunangan diadakan di rumah bapanya


Majlis pertunangan Putera Mahkota dan Rajwa ini diadakan di kediaman bapa Rajwa di ibu kota Saudi, Riyadh. Semasa majlis tersebut, ibu bapa Putera Hussein; Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania secara rasminya merisik Rajwa untuk menjadi menantunya.

5. Rajwa Akan Menjalankan Tugas Diraja

Sebagai bakal isteri kepada anak sulung raja, Rajwa pastinya diharapkan dapat menjalankan tugas diraja. Bakal suaminya kini banyak terlibat dalam acara rasmi dan telah menjelajah beberapa negara di Timur Tengah. Beberapa media telah membandingkan Rajwa dengan Duchess of Cambridge, Kate Middleton. Ramai yang berharap wanita itu dapat menjalankan peranannya dengan anggun seperti Kate.

Wah, bestnya jadi Rajwa ni.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana