Ads
Home Gaya Hidup Bukan Sekadar Cuti Umum, Ini Amalan Boleh Diamalkan Sempena Maulidur Rasul

Bukan Sekadar Cuti Umum, Ini Amalan Boleh Diamalkan Sempena Maulidur Rasul

Ads
Foto Kredit : Zukiman Mohamad from Pexels

Bulan Rabiulawal dalam kalendar Hijrah lebih bermakna kerana ia juga adalah bulan ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Maulidur Rasul membawa maksud hari kelahiran rasul kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Bukan hanya umat Islam yang mengenali tarikh lahir baginda pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah tetapi juga ramai individu bukan Islam kerana baginda merupakan individu paling berpengaruh di dunia.

Seorang tokoh terkenal, Michael H. Hart pernah menerbitkan sebuah buku berjudul ‘100: Kedudukan Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah’ pada tahun 1978. Buku tersebut menyenaraikan kedudukan 100 orang tokoh dan pada pendapatnya, baginda SAW merupakan manusia paling berpengaruh dalam sejarah.

Kedudukan baginda tetap tidak boleh diatasi oleh tokoh-tokoh lain seperti Isaac Newton (ahli fizik, penemu teori graviti semesta & hukum gerakan), Christopher Columbus (ahli pelayaran terkemuka), Albert Einstain, Aristotle (ahli falsafah Yunani berpengaruh) dan ramai lagi. Begitulah kehebaran Rasulullah SAW.

Pada hari mulia Maulidur Rasul yang bakal disambut esok, terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan sebagai tanda memperingati hari kelahiran Baginda.

 

Berpuasa

Diriwayatkan oleh Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:

Ads

“Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”.

(Riwayat Muslim)

Hadis di atas memberikan isyarat bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari tersebut. Maka, jika Rasulullah SAW sendiri berpuasa pada hari Baginda dilahirkan, sewajarnya kita sebagai umatnya juga melakukan sunnah Nabi ini sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah kerana mengutuskan Rasulullah SAW.

 

Berselawat

Ads

Berselawat juga antara amalan yang digalakkan bukan saja semasa Maulidur Rasul tetapi pada setiap hari.

Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan, berselawat dan berdiri untuk memuliakan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Kenapa rugi jika bibir kita tidak rajin berselawat ke atas Nabi?

Bukan Sekadar Cuti Umum, Ini Amalan Boleh Diamalkan Sempena Maulidur Rasul

Sepenting makan, tidur dan mencari duit dalam hidup kita, samalah pentingnya berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW demi kelangsungan kita di hari akhirat kelak.

Ads

Penting berselawat hinggakan ia menjadi rukun dalam solat lima waktu dan rukun wajib ketika bacaan khutbah. Tanpa lafaz selawat itu, solat dan khutbah terbatal.

Sabda Nabi Muhammad SAW, terdapat dua golongan manusia yang akan paling hampir dengan baginda di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat dan orang yang paling baik akhlaknya; seiring dengan hadis riwayat Tarmidzi.

Jadi biasakanlah diri berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan setiap kali kita terdengar nama baginda disebut, maka sambutlah ia dengan sebutan ‘sallahualahiwassalam’. Tiada rugi pun jika lidah kita sentiasa basah dengan zikir dan selawat; maka Allah akan melimpahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian ke atas Nabi Muhammad SAW dan Allah akan membalas selawat kita itu dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada orang yang selalu melakukannya.

Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” (HR Muslim)

Berhimpun Di Masjid

Perbuatan berhimpun di masjid atau di surau tidak hanya disebabkan untuk solat Jumaat saja tau. Seiring dengan kelonggaran yang telah diberikan di seluruh negara, ayuh imarahkan rumah Allah dengan solat fardu berjemaah, amalan berzanji yang mengandungi pujian tertinggi kepada Nabi Muhammad SAW dan berselawatlah kepada baginda SAW sewaktu di sana.

Sumber: MAIS

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI