Teringat suatu ketika dahulu, memori telefon dipenuhi dengan deretan lagu-lagu kegemaran.
Tetapi zaman sudah berubah dimana sejak internet sudah mula ditawarkan lebih murah, pengguna mula beralih arah kepada aplikasi penstriman muzik.
Bercakap mengenainya, mesti dalam kepala terfikir dengan App Store dan Google Play. Tapi antara aplikasi yang popular dan ramai orang guna adalah Spotify.
Korang tahu tak sebenarnya Sportify ini ada banyak kelebihan dan kegunaan lain yang boleh digunakan di Spotify selain mendengar lagu?
Ha…Nah Remaja kongsikan fungsi lain yang terdapat dalam Spotify yang korang semua tak tahu.
Bunyi ASMR
Korang sejenis yang susah nak tidur? Ini mungkin boleh membantu. Di Spotify terdapat bahagian ASMR yang didedikasikan khas untuk pencinta bunyi ASMR.
Buka Spotify, kamu pergi kebahagian ‘Search’ kemudian pilih kategori ‘Sleep’ dan di situ kamu cari tajuk ‘ASMR Sound’. Di dalamnya terdapat banyak bunyi ASMR yang buatkan kamu puas hati.
Ads
Antara bunyi-bunyi ASMR yang terdapat dalam bahagian ASMR adalah bunyi menulis di atas kerta, bunyi melipat kertas, bunyi berus yang berbeza, bunyi hujan dan banyak lagi bunyi-bunyi lain di himpunkan dalam bahagian ASMR Spotify.
Belajar Bahasa Baru
Tak perlu lagi nak pergi kelas dan membayar yuran belajar bahasa baru. Nah di Spotify korang boleh belajar bahasa secara percuma. Seronoknya!
Buka Spotify, kamu pergi bahagian ‘Search’ kemudian pilih ‘Word’ di situ akan keluar senarai bahasa-bahasa seperti Chinese, Rusia, Irish, Portugis, Swedish dan banyak lagi.
Nak belajar bahasa asing, caranya cukup mudah buka Spotify dan belajar dengan senang hati!
Buku Audio
Ads
Dalam Spotify juga terdapat buku-buku audio, ia menampilkan seleksi buku audio dengan pelbagai jenis genre dan tajuk yang pastinya akan membuatkan kamu tertarik untuk membacanya. Jadi jika kamu ingin mencari buku cerita yang best dan menarik, di Spotify ada bukunya.
Buka Spotify, pergi bahagian ‘Search’ kemudian pilih ‘Word’ dan di situ akan muncul pelbagai tajuk-tajuk buku cerita audio yang boleh kamu dengari.
Tiket Konsert
Khas buat pecinta konsert, Di Spotify ada jalan penyelesaiannya. Kini korang boleh beli tiket konsert dengan mudah dalam aplikasi Spotify, bukan saja caranya sangat mudah malah kamu juga dapat melihat tarikh-tarikh konsert yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Ads
Nak tahu macam, buka Spotify kemudia pergi bahagian ‘Search’ dan pilih ‘Concerts’. Di situ akan keluar senarai-senarai konsert yang bakal berlangsung, kamu pilih konsert yang ingin kamu pergi dan klik bahagian ‘Find Ticket’, ia akan bawa kamu ke laman web yang menjual tiket konsert tersebut.
Praktis Meditasi
Jika kamu ingin mencari ketenangan dan ingin bermeditasi, Spotify menyediakan bunyi-bunyi yang menenangkan jiwa dan sesuai untuk digunakan apabila bermeditasi secara bersendirian di rumah atau di mana sahaja kamu berada.
Cara adalah buka Sptify,pergi bahagian ‘Search’ kemudian pilih kategori ‘Wellness’ dan nanti akan keluar lapan jenis kategori bunyi mengikut kesesuaian aktiviti yang kamu ingin lakukan.
Antara kategori bunyi mengikut aktiviti adalah yoga, nature sounds, self love, exercise, meditation dan banyak lagi. Jadi lepas ni tak perlu lagi susah payah buka CD semata-mata nak dengar bunyi yang sesuai untuk meditasi dan sebagainya.
Menarik kan? So kalau sebelum ini korang hanya fokus dengan lagu je di Spotify . Jadi lepas ini, guna aplikasi Spotify sebaik mungkin.
Terdapat banyak aplikasi telefon pintar yang telah mencetuskan kontroversi di banyak negara, and TikTok is up there in the high ranks.
Bermula 10 Januari lalu, Pakistan mengambil keputusan untuk mengharamkan TikTok selepas satu aduan dibuat oleh seorang penduduk di daerah Nowshera, Pakistan. Aduan yang diserahkan kepada portal Perdana Menteri Imran Khan itu telah membuka mata kerajaan Pakistan bahawa TikTok mendatangkan lebih banyak keburukan kepada remaja di sana.
Sebahagian kecil pengguna di sana menjadikannya platform untuk memuat naik video berunsur seksual inilah yang menjadikan TikTok dipandang sebagai aplikasi negatif.
Kalau korang masih ingat, Indonesia pernah mengharamkan TikTok tahun lalu untuk tempoh seminggu sebelum syarikat itu memadam kesemua kandungan lucah di dalamnya.
Terbaru semalam, Mahkamah Tinggi Madras di India menjatuhkan keputusan sama kepada aplikasi dari China itu. Sebab utamanya adalah kandungan pornografi yang memberi kesempatan kepada penjenayah seksual mengancam pengguna remaja perempuan TikTok. Hasilnya, Apple memadamkan aplikasi itu daripada senarai App Store mereka hari ini.
Kes di India ini difailkan pada 3 April lalu. Publisher TikTok kemudian mencabarnya atas alasan “pengharaman itu menidakkan hak pengguna TikTok di India”. Media India melaporkan bahawa kes ini akan terus dibicarakan pada 24 April ini.
Walaupun korang mungkin tak memuat naik kandungan TikTok yang tak senonoh, tetapi tindakan seorang pengguna lain yang melakukannya mempunyai efek domino.
Hm, apa pendapat korang? Adakah disebabkan tindakan sebahagian kecil masyarakat yang menyalahguna aplikasi itu, seluruh negara wajar diharamkan daripada menggunakan TikTok? Is that fair or it is a little bit far-fetched?
Menurut laporan, India mencatatkan lebih 240,000 juta muat turun di TikTok sepanjang ia diperkenalkan. Pada bulan Mac lepas pula, syarikat analitik Sensor Tower menganggarkan TikTok telah dimuat turun sekerap 36 juta kali daripada Google Play Store di seluruh dunia.
Whoa, itu baru dalam tempoh sebulan! Bayangkan betapa ramainya penduduk dunia yang menonton kandungan kurang senonoh yang ada.
Bagaimana pula nasib TikTok di Malaysia?
Adakah penggunaannya berada pada tahap kritikal ataupun masyarakat di sini tahu batasan mereka?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat individu yang berminat dalam dunia digital, Google baru sahaja melancarkan program latihan digital yang dikenali sebagai Gemilang. Program ini menawarkan pembelajaran lebih fleksibel kepada semua rakyat Malaysia.
Apa yang lebih menarik, Google turut menawarkan sebanyak 31,000 biasiswa Sijil Kerjaya Google kepada rakyat Malaysia dalam membekalkan peluang latihan inklusif kepada mereka yang terpilih. Sijil Kerjaya Google disediakan dalam platform Coursera dan membolehkan pelajar walaupun tiada sebarang pengalaman atau ijazah memperoleh sijil dalam enam bidang.
Bidang-bidang tersebut termasuklah analisis data, sokongan teknologi maklumat (IT), automasi IT, pengurusan projek, Reka Bentuk UX dan pemasaran digital serta e-dagang.
Menerusi program Gemilang yang dilancarkan ini lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan dapat mengakses peluang latihan, mempelajari kemahiran baharu, mencari pekerjaan dan membina kerjaya dalam ekonomi digital.
Setiap sijil yang disediakan dicipta pakar daripada Google dan direka untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran asas melalui pembelajaran secara hands-on.
Biasiswa yang ditawarkan menerusi kolaborasi dengan enam rakan tempatan termasuk institusi pendidikan, industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan rakan kongsi majikan termasuklah Amanz, Carsome, Fave Asia, IPG Mediabrands, Jirnexu, Maybank, McDonald’s Malaysia, Omnicom Media Group (OMG), PETRONAS, Rev Media Group, The Star Media Group, The Lorry, Storehub, Astro AWANI.
Diharap dengan inisiatif yang dilakukan ini dapat memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk mengasah lagi kemahiran mereka, terutamanya bagi individu yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Barangan daripada jenama-jenama terkemuka memang sering di cetak rompak dan lebih mengelirukan lagi, barangan yang diciplak itu mempunyai persamaan yang sukar untuk dibezakan oleh pengguna.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tip yang boleh anda jadikan rujukan sebelum membuat keputusan untuk membeli, khasnya khusus bagi barangan gajet.
1. Semak packaging produk
Pengilang produk tiruan tidak begitu peka kepada bentuk rekaan packaging produk. Namun, ia sangat dititikberatkan oleh pengeluar rasmi yang akan sentiasa menjaga setiap perincian reka bentuk dan packaging produk mereka.
Semak font pada info yang tertera di kotak barangan yang dijual. Pastikan tulisannya jelas dan kualiti cetakan dalam keadaan yang baik. Pengeluar rasmi akan memastikan produk-produk mereka dihantar dalam keadaan yang baik supaya tiada kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh penghantaran.
2. Lihat manual pengguna
Semua maklumat penting tentang peranti ini mestilah menggunakan dalam bahasa asal negara pembelian. Jika tertera beberapa bahasa lain yang anda tidak faham, maka ia mungkin adalah peranti yang di seludup atau pun dicetak rompak.
3. Lihat material yang digunakan
Bahan-bahan seperti plastik, getah atau pun aluminium yang digunakan boleh dilihat sama ada daripada jenis material berkualiti tinggi atau tidak.
Pengeluar berjenama terkenal tidak menggunakan bahan yang murah. Plastik bungkusan produk original mestilah kemas, tanpa mengandungi sebarang kecacatan atau ketidaksempurnaan pada packaging.
Produk tiruan dapat dikesan dengan mudah. Lihat sahaja pada jenis plastik murah dengan penggunaan warna mate yang digunakan, serta reka bentuk produk yang tidak sempurna.
4. Lihat font ini
Logo merupakan perkara utama bagi mana-mana jenama dan anda perlu menelitinya dengan baik. Walaupun sudah bertahun-tahun, logo bagi produk asli tidak akan nampak kusam.
Setiap font dan simbol pada peranti mestilah tertera dengan jelas, mudah dibaca dan tahan lama. Bagi kes cetak rompak pula, produknya tidak mempunyai nama pengeluar atau mempunyai perbezaan daripada segi reka bentuk produk.
5. Semak alat pengecas
Pengecas yang original akan disesuaikan mengikut kemudahan sesebuah negara itu. Misalnya, jika kita di Malaysia, perlu ada satu tetapan soket yang sesuai untuk negara Malaysia. Begitu juga dengan negara-negara lain seperti Eropah.
Jika anda perlu membeli adopter atau pengecas secara berasingan, ini adalah salah satu tanda bahawa produk yang dibeli itu tidak asli.
Setiap pengeluar bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan pengguna dan kerana itu, produk yang asli menggunakan penebat kualiti dengan kemasan yang sempurna.
6. Lihat pada wayar dan plug
Kualiti wayar adalah salah satu tanda yang jelas boleh anda lihat sama ada produk tersebut adalah barangan tiruan. Jika produk yang asli, kabel wayar akan kelihatan lebih kukuh berbanding produk tiruan yang mempunyai bahagian-bahagian yang longgar.
Kadangkala, saiz ukuran plug juga tidak bertepatan dengan kedalaman soket dan mempunyai wayar yang lebih panjang.
Selain itu, lihat pada kualiti penebat dan simbol di atasnya. Barangan asli dan tiruan dapat dikesan melalui cara-cara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...