Teringat suatu ketika dahulu, memori telefon dipenuhi dengan deretan lagu-lagu kegemaran.
Tetapi zaman sudah berubah dimana sejak internet sudah mula ditawarkan lebih murah, pengguna mula beralih arah kepada aplikasi penstriman muzik.
Bercakap mengenainya, mesti dalam kepala terfikir dengan App Store dan Google Play. Tapi antara aplikasi yang popular dan ramai orang guna adalah Spotify.
Korang tahu tak sebenarnya Sportify ini ada banyak kelebihan dan kegunaan lain yang boleh digunakan di Spotify selain mendengar lagu?
Ha…Nah Remaja kongsikan fungsi lain yang terdapat dalam Spotify yang korang semua tak tahu.
Bunyi ASMR
Korang sejenis yang susah nak tidur? Ini mungkin boleh membantu. Di Spotify terdapat bahagian ASMR yang didedikasikan khas untuk pencinta bunyi ASMR.
Buka Spotify, kamu pergi kebahagian ‘Search’ kemudian pilih kategori ‘Sleep’ dan di situ kamu cari tajuk ‘ASMR Sound’. Di dalamnya terdapat banyak bunyi ASMR yang buatkan kamu puas hati.
Antara bunyi-bunyi ASMR yang terdapat dalam bahagian ASMR adalah bunyi menulis di atas kerta, bunyi melipat kertas, bunyi berus yang berbeza, bunyi hujan dan banyak lagi bunyi-bunyi lain di himpunkan dalam bahagian ASMR Spotify.
Belajar Bahasa Baru
Tak perlu lagi nak pergi kelas dan membayar yuran belajar bahasa baru. Nah di Spotify korang boleh belajar bahasa secara percuma. Seronoknya!
Buka Spotify, kamu pergi bahagian ‘Search’ kemudian pilih ‘Word’ di situ akan keluar senarai bahasa-bahasa seperti Chinese, Rusia, Irish, Portugis, Swedish dan banyak lagi.
Nak belajar bahasa asing, caranya cukup mudah buka Spotify dan belajar dengan senang hati!
Buku Audio
Dalam Spotify juga terdapat buku-buku audio, ia menampilkan seleksi buku audio dengan pelbagai jenis genre dan tajuk yang pastinya akan membuatkan kamu tertarik untuk membacanya. Jadi jika kamu ingin mencari buku cerita yang best dan menarik, di Spotify ada bukunya.
Buka Spotify, pergi bahagian ‘Search’ kemudian pilih ‘Word’ dan di situ akan muncul pelbagai tajuk-tajuk buku cerita audio yang boleh kamu dengari.
Tiket Konsert
Khas buat pecinta konsert, Di Spotify ada jalan penyelesaiannya. Kini korang boleh beli tiket konsert dengan mudah dalam aplikasi Spotify, bukan saja caranya sangat mudah malah kamu juga dapat melihat tarikh-tarikh konsert yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Nak tahu macam, buka Spotify kemudia pergi bahagian ‘Search’ dan pilih ‘Concerts’. Di situ akan keluar senarai-senarai konsert yang bakal berlangsung, kamu pilih konsert yang ingin kamu pergi dan klik bahagian ‘Find Ticket’, ia akan bawa kamu ke laman web yang menjual tiket konsert tersebut.
Praktis Meditasi
Jika kamu ingin mencari ketenangan dan ingin bermeditasi, Spotify menyediakan bunyi-bunyi yang menenangkan jiwa dan sesuai untuk digunakan apabila bermeditasi secara bersendirian di rumah atau di mana sahaja kamu berada.
Cara adalah buka Sptify,pergi bahagian ‘Search’ kemudian pilih kategori ‘Wellness’ dan nanti akan keluar lapan jenis kategori bunyi mengikut kesesuaian aktiviti yang kamu ingin lakukan.
Antara kategori bunyi mengikut aktiviti adalah yoga, nature sounds, self love, exercise, meditation dan banyak lagi. Jadi lepas ni tak perlu lagi susah payah buka CD semata-mata nak dengar bunyi yang sesuai untuk meditasi dan sebagainya.
Menarik kan? So kalau sebelum ini korang hanya fokus dengan lagu je di Spotify . Jadi lepas ini, guna aplikasi Spotify sebaik mungkin.
Moga bermanfaat kepada semua!
Rujukan : Candymag