Teringat dulu, memori telefon selalu penuh gara-gara list lagu-lagu favourite. Siapa macam ni?
Tetapi zaman sudah berubah dimana sejak internet sudah mula ditawarkan lebih murah, pengguna mula beralih arah kepada aplikasi penstriman muzik.
Spotify, aplikasi muzik paling sohor kini apabila dimuat turun lebih 500 juta pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Aplikasi yang diasaskan Daniel Ek dan Martin Lorentzon dari Sweden itu merupakan platform muzik digital yang memuatkan lebih sejuta lagu tempatan dan luar negara.
Perkhidmatan ini mempunyai beberapa ciri yang mana turut diikuti oleh perkhidmatan penstriman muzik yang lain. Namun, ada ciri yang belum diikuti oleh Spotify, iaitu sokongan bacaan lirik lagu di platform.
Sejak November lalu, Spotify ada mengesahkan bahawa ia menguji lirik masa nyata (real-time) yang diselaraskan dengan muzik di beberapa negara terpilih. Kini, nampaknya akan mula menyambungnya bermula 30 Jun di 26 negara termasuk Malaysia.
Manakala 25 negara lain yang akan menerima sokongan ini termasuklah Argentina, Brazil, Colombia, Chile, Mexico, Peru, Bolivia, Costa Rica, Dominican Republic, Ecuador, Guatemala, Honduras, India, Nicaragua, Panama, Paraguay, El Salvador, Uruguay, Vietnam, Philippines, Indonesia, Thailand, Taiwan, Singapore dan Hong Kong.
Wah seronok la peminat spotify ni dah boleh karok lagu kegemaran.