Kalau korang tengah mencari hobi baru, EUC ini mungkin boleh difikirkan.

Macam sudah menjadi trend, Skuter elektrik ini kian popular digunakan di Malaysia sebagai pengangkutan jarak pendek yang mesra alam. Bukan itu sahaja, ramai yang mengunakan PEV ini sebagai kenderaan untuk ke kampus mahupun ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakkan jalan raya.

Bukan Sekadar Hobi, Kenderaan Hebat ‘Satu Tayar’ Ini Wajib Dimiliki

Salah satunya satu tayar atau nama sebenarnya ialah Unicycle elektrik.

Unicycle elektrik ini sangat utamakan keseimbangan diri, ia juga disebut roda elektrik atau hanya eWheels, tergolong dalam EPTD yang paling mudah alih. Jangan risau, roda besar ini juga boleh melalui jalan-jalan yang sukar seperti jalan berlubang, jalan rumput, jalan berlopak, dan juga jalan kerikil.

Tayar satu ini biasanya hadir dengan size dari 12 ″ hingga 16 ″ tetapi roda yang lebih besar juga ada. Namun, sudah semestinya model mewah umumnya lebih selamat daripada peranti yang murah kerana ia mempunyai motor yang lebih kuat yang boleh menjamin keselamatan korang di jalan raya.

Ads

Bukan Sekadar Hobi, Kenderaan Hebat ‘Satu Tayar’ Ini Wajib Dimiliki

Oleh kerana saiz dan berat EUC yang terhad, ini menjadikan EUC kenderaan hebat untuk pelbagai tujuan. Cukup senang nak bawa EUC korang ke dalam beg galas atau seret di belakang dengan pemegangnya, berulang-alik, atau berjalan dengan stylo.

Spesifikasi

Kelajuan maksimum: roda murah maksimum lebih kurang 15 km / j , EUC terpantas melebihi 45 km / j (roda 18 inci)
Purata Jarak: dari 10 – hingga 80 km. Model yang lebih murah hanya memiliki jarak sekitar 10-15 km, model jarak pertengahan memiliki jarak rata-rata 30 km. Semuanya bergantung pada saiz bateri, kualiti, ukuran roda dan faktor lain.

Ads

Bukan Sekadar Hobi, Kenderaan Hebat ‘Satu Tayar’ Ini Wajib Dimiliki

Kelebihan

  • Tidak seperti papan selaju elektrik yang memerlukan pengawal untuk bergerak, korang hanya memecut dan melambatkan dengan menyandarkan badan ke hadapan atau ke belakang.
  • Sangat mudah alih. Mudah diambil atau menarik di belakang (dengan syarat mereka mempunyai pemegang teleskopik)
  • Kalis air. Menunggang dalam hujan atau melalui lopak tidak ada masalah dengan kebanyakan model. (hubungi pengilang sebelum membeli)
  • Beberapa model mempunyai lampu kepala dan ekor standard untuk meluncur dengan selamat ketika gelap
  • Mudah disimpan. Bawa je masuk kedai mamak sambil letakkan EUC di sebelah meja  korang. Cool beb!
  • Ia juga baik untuk kesihatan kerana mampu menguatkan otot punggung dan perut (kekuatan teras) serta keseimbangan yang lebih baik.

Bukan Sekadar Hobi, Kenderaan Hebat ‘Satu Tayar’ Ini Wajib Dimiliki

Keburukan

Ads

Yang tak bestnya, proses belajar menaiki EUC ini sangat mementingkan keseimbangan, maknanya korang kena power dalam seimbangkan badan baru boleh cuba EUC ini. Kalau tidak mau tersembab muka korang ke depan.hahaha

Bersedia untuk menghabiskan sekurang-kurangnya beberapa jam dan beberapa hari untuk belajar ‘memandu’ EUC.

Untuk pengetahuan korang, Di Malaysia juga sudah ada komuniti yang menaiki EUC ini tetapi mereka tetap mengutamakan keselamatan seperti memakai helmet, safety gears dan kasut sukan yang selesa. Nak join boleh klik disini : Electric Unicycle Club Malaysia

Penulis pun ada try belajar EUC ni tapi masih tak pandai-pandai, tapi serius cool naik ni….hehehe

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI