“Bukan Sekadar Publisiti,” – Diana Danielle Enggan Bakat Baharu Leka Dengan Sisi Glamor Dunia Hiburan

Share

Uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 baru sahaja melabuhkan tirainya pada Ahad lalu di Eastin Hotel Petaling Jaya setelah hampir sebulan mengadakan uji bakat pencarian di beberapa negeri berbeza seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Praktis Kaw Kaw, Barulah Anda Datang…” -Pesanan Che Ta Buat Peserta Uji Bakat Hero Dewi Remaja 2023

Antara juri yang hadir memeriahkan dan membantu dalam pencarian peserta Hero Dewi Remaja 2023 hujung minggu lepas adalah Diana Danielle, pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson turut memberi pendapatnya mengenai kualiti bakat anak muda yang menghadiri uji bakat tersebut.

“Saya nampak ramai yang berpotensi tapi bagi saya potensi sahaja tidak cukup sebab mereka harus tampil dengan traits dan skills yang saya harap diorang tidak malu untuk tonjolkan hari ini,” komennya.

Pelakon filem Imaginur ini juga mengekspresikan keinginan beliau untuk melihat industri seni dimeriahkan lapisan bakat baru yang mempunyai ciri-ciri tertentu.

“Sebagai pelakon yang sudah lama berada di dalam industri, saya dapat merasakan ciri-ciri yang kita perlukan buat masa sekarang adalah seseorang yang bekerja keras, tidak segan silu untuk maju ke hadapan dan tidak gentar menyatakan pendapatnya.

“Namun harus kita ingat bahawa semua ciri-ciri tersebut bertujuan bukan untuk mencari publisiti semata-mata tapi demi menjamin masa depan seseorang anak seni itu,” jelasnya.

 Mula berlakon dari usia 9 tahun, pelakon jelita ini turut berhasrat agar anak muda kini tidak terlalu mengejar sisi glamor dunia hiburan dan lebih fokus untuk memperbaiki kualiti bakat yang disampaikan.

“Kalau kita sedar zaman sekarang ini ramai anak muda yang terlalu caught up untuk mengikut trend dan bahkan ada yang terlalu obses dengan penampilan diri sendiri,

“Sejujurnya bagi saya, apa yang membuatkan seseorang bintang itu untuk lebih bersinar adalah apabila dia memiliki kebolehan yang pelbagai. Bukan hanya bergantung kepada satu kemahiran sahaja tapi sekiranya kamu boleh menyanyi, berlakon dan hos pada masa yang sama, maka ianya akan menjadi sebuah bonus,

“Tidak perlu menjadi pakar namun cukup untuk menyerlahkan potensi bakat yang ada di dalam diri. Selain itu, usahlah risau dengan penampilan diri kerana cara kamu persembahkan diri dan cara kamu berkomunikasi dengan orang lain lebih mencerminkan diri sendiri,” jelasnya lagi.

BACA LAGI: “Bersyukur Sangat..” 6 Tahun Cedok Pengalaman Sebagai Model Hijabi, Qasrina Karim Capai Tuah Pada 2023 – REMAJA

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IHSAN FOTO: REMAJA

 

Published by
Adriana Syaurah