Korang mesti pernah dengar tentang kebaikan minyak zaitun kepada tubuh badan kita kan? Sudah tidak diragui lagi, khasiatnya kaya dengan asid lemak mono tidak tepu dan terbukti berupaya merendahkan risiko penyakit kardiovaskular.
Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang menggunakan minyak zaitun ini untuk memasak, menggantikan minyak masak biasa. Lebih-lebih buat individu yang sangat menjaga pemakanan dan sedang berdiet, mereka memang lebih gemar memilih minyak zaitun untuk masakan.
Walau bagaimanapun, tidak semua minyak zaitun boleh digunakan untuk memasak. Ramai yang masih buat kesilapan dalam penggunaan minyak zaitun ini. Berikut adalah jenis-jenis minyak zaitun yang korang perlu tahu sebelum beli.
Hasil pertama daripada buah zaitun dan memiliki kualiti yang paling bagus jika dibandingkan dengan minyak zaitun yang lain. Jenis ini tidak sesuai untuk memasak kerana mudah teroksida. Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berbahaya.
Jenis ini diperolehi daripada proses memerah buah zaitun dan disebabkan itu ia lebih murah berbanding extra virgin olive oil. Jenis ini digunakan untuk menumis.
Jenis ini digunakan untuk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis atau memanggang. Walaupun ia melalui proses penyulingan lebih daripada sekali, jenis ini lebih sihat berbanding minyak goreng biasa.
Ha, sebelum ini ingatkan semua minyak zaitun sama sahaja kan? Jadi, untuk kesan penggunaan terbaik, selepas ini pilih dahulu jenis minyak zaitun yang tepat sebelum membeli okay?
Semoga bermanfaat!
Sumber: (1)