Hari raya bakal menjelang kurang dari dua minggu lagi. Pastinya kita excited untuk pulang ke kampung masing-masing. Bagi orang bujang, tak berapa nak fikir sangat soal packing baju, asal boleh saja.
Tapi bagi yang berkahwin dan punya anak boleh tahan ramai selain ada anak kecil, kita tentu fikirkan macam-macam. Bukan saja dari soal beg baju, kuih kuih sebaliknya kita juga fikirkan keselesaan untuk anak-anak dapat berehat tambah-tambah jika masa perjalanan terlalu lama akibat kesesakan jalanraya.
Tidak dinafikan, sebagai ibu bapa yang prihatin kita mahu beri keselesaan pada anak-anak seperti mahu mereka tidur dalam perjalanan hingga timbul idea meletakkan tilam untuk anak-anak berbaring bagi yang mempunyai kereta MPV.
Tapi sebenarnya bukan semua idea itu boleh diikut. Safety first kerana tanpa seat belt, anak terdedah kepada risiko jika berlaku kemalangan dalam perjalanan.
Baca pengalaman individu ini, Nadia Abdul Kadir mengenai pengalamannya pernah berhadapan saat seorang bayi meninggal dunia selepas kereta yang dipandu oleh bapanya terlibat dalam kemalangan akibat memandu dalam keletihan.
Semoga ada pengajaran buat kita. Sebaiknya rancanglah perjalanan baik-baik dan utamakan keselamatan anak-anak kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.
Baca kisahnya.
Ada viral beberapa hari lepas pasal idea balik kampung yang selesa. Rujuk gambar. Selesa ke? Jangan duk buat wahai netizen semua. Biarpun kita rasa selesa. Tapi bahaya tau! Kak Ya sampai hari ni, masuk je bulan puasa mesti teringat-ingat kes-kes eksiden yang berlaku ketika nak balik raya.
Hospital daerah tempat Kak Ya kerja dulu, lokasinya dekat dengan LPT2.
So, bila hujung-hujung Ramadhan, memang meriah lah dengan eksiden.
Motor skidded, kereta langgar divider, kereta langgar lori, lori langgar kereta.
Allahuakhbar.
Ada 1 kes ni yang paling Kak Ya ingat sampai hari ni. Kak Ya onkol masa tu. Kami tengah duk bersiap nak bukak puasa. Dapat ambulance call, ada eksiden dekat LPT2.
MA Kak Ya masa tu bukak puasa minum air sat, terus pergi. Tak lama lepas ambulance keluar, sampai satu kereta orang awam stop depan ED, dukung seorang baby. Kak Ya anggar masa tu baby dalam umur 8-9 bulan gitu.
Kami terus resus. Baby memang tak ada response langsung. Anak mata pun tak reaktif. Tapi badan masih panas. Kak Ya and team KakYa masa tu, cuba sedaya upaya kami untuk selamatkan baby tu. Cpr punya cpr, tapi tak mampu jugak mengembalikan denyutan jantung baby.
Allahuakhbar!
Paling sedih, masa Kak Ya cpr tu, susu meleleh keluar dari mulut baby. Allah. Terbayang kot wajah baby tu. Sampai saat ni masih terbayang. Montel tapi pucat sangat. Allah. Masa taip ni pun bergenang air mata.
Allah sayangkan baby. Kami tak mampu nak selamatkan baby. Maafkan kami baby. Tengah kami bertungkus lumus selamatkan baby, ambulance sampai.
Bawak ibu kepada baby yang patah tulang peha. Alhamdulillah, ibu stabil.
Paling luluh hati Kak Ya, bila ibu start tanya.Mana baby. Mana baby. Mana baby…
‘Abang..Mana anak kita bang..’ Tanya si ibu dekat suami beliau (suami alhamdulillah tak cedera). Kak Ya di sebalik langsir rasa macam nak pecah dada. Duk pikir macamana nak susun ayat bagitau si ibu yang baby dah tak ada.
Hmm..
At the end, Kak Ya bagitau jugak. And masa tu memang banjir lah. Si ibu mintak kebenaran nak peluk baby. Kami tolak katil baby rapat dengan katil si ibu. Ibu baby ni tak kisah dah peha dia yang patah tu. Bangun amik baby dia korang.
Sedih kot masa ni. Macam drama. Dicium pipi baby muka baby tangan baby. Sambil duk kata.
“Adik baru je duk minum susu mama tadi. Adik bangun la. Adik bangun laa..’
‘Abang.. anak kita bang! Anak kita! Baru je tadi duk nyusu bang, Allah…’
Jeda…
Scene masa tu memang macam drama. Kak Ya memang tak mampu nak tengok dah. Lari sat ke pantry buat-buat minum air. Padahal Kak Ya banjir kat sinki. Esoknya post kol Kak Ya sampai rumah, Kak Ya peluk Hanina & Nabila. Sedih
So korang. Safety first ok?
Kes di atas, dia orang tak letak tilam pun dalam kereta. Ibu pangku baby sambil menyusu. Ayah mengantuk, terbabas langgar besi penghadang jalan. Baby yang dipangku erat oleh si ibu terpelanting ke luar melalui cermin depan.
Cuba bayangkan!
Anak-anak yang enak tidur di atas tilam yang kita letak kat belakang kereta tu.
Konon untuk keselesaan. Tanpa seat belt. Tanpa apa-apa halangan. Dia orang boleh terpelanting ke arah mana pun semasa kemalangan.
Allahu.. Mintak jauh.. Nauzubillah
So Kak Ya mintak.
Jangan kita membabi buta ikut je cadangan tanpa pikir keselamatan kita & family. Kak Ya doakan semoga Allah pelihara perjalanan kita & kita semua sampai di kampung halaman dengan selamat.
Aaminn…